Ekonomi Malaysia menguncup 2.7 peratus pada suku ketiga

Ekonomi Malaysia menguncup 2.7 peratus pada suku ketiga tahun ini, jauh lebih kecil daripada penguncupan 17.1 peratus yang dicatat pada tempoh April hingga Jun.

Ia sekali gus mencerminkan ekonomi negara dalam landasan pemulihan yang pantas.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin ketika mengumumkan prestasi suku ketiga berkata, prestasi ekonomi dalam tempoh pandemik juga diukur secara bulanan yang mana KDNK pada Julai mencatatkan penurunan sederhana iaitu -2.7 peratus.

Sementara itu, pada Ogos ia adalah negatif 3.6 peratus, sementara September bertambah baik kepada negatif lebih kecil 1.6 peratus.

“Pada suku ketiga, pertumbuhan ini didorong oleh pemulihan dalam prestasi sektor pembuatan, sementara sektor lain menunjukkan pertumbuhan negatif yang lebih baik berbanding suku tahun sebelumnya.

“Keseluruhan prestasi ekonomi pada suku ketiga didorong terutamanya oleh sektor pembuatan yang bertumbuh 3.3 peratus berbanding penurunan 18.3 peratus pada suku sama tahun sebelumnya, disokong oleh produk elektrik, elektronik dan optikal serta minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan dan prosesan makanan.

“Prestasi memberangsangkan disumbang oleh industri berorientasikan eksport yang menokok 5.0 peratus (suku kedua 2020: -13.5 peratus) suku tahun ini ditunjukkan oleh prestasi eksport keseluruhan pada bulan September 2020 yang merekodkan pertumbuhan positif dua-digit,” katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga secara maya, hari ini.

Turut hadir, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. BH

Suku ketiga penentu prestasi ekonomi Malaysia bagi 2020

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker