PPIM minta kementerian jawab isu vaksin Covid-19 PPIM minta kementerian jawab isu vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesahkan mengenai sepucuk surat yang tular berhubung pihaknya meminta penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin koronavirus (Covid-19).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, surat tersebut adalah sah dan telah dihantar kepada Perdana Menteri, pihak KKM dan beberapa kementerian lain Khamis lalu.

“PPIM menganggap isu ini berhak mendapat penjelasan daripada kerajaan memandangkan gejala ini telah mengakibatkan kesan yang teruk kepada negara dan rakyat.

“Kami berharap pihak berkaitan terutamanya KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat memberi penjelasan berkenaan kenyataan yang menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat yang menjejaskan kualiti hidup rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai surat terbabit bahawa matlamat vaksin kepada masyarakat telah menimbulkan rasa ketakutan dan kebimbangan.

Ia susulan beberapa video yang dikeluarkan antaranya bertajuk ‘Test Trial Report’ di Amerika Syarikat telah mendatangkan kesan ke atas jiwa dan DNA manusia.

Malah, surat terbabit turut melampirkan beberapa pautan di laman web laporan-laporan yang dibuat oleh pakar termasuk golongan doktor dan peguam.

Selain itu, terdapat laporan media tempatan juga melaporkan berlakunya kematian di Brazil dan Korea Selatan akibat vaksin.

Justeru, surat berkenaan menggesa bagi mengetahui kepastian berkaitan liabiliti vaksin dan siapakah yang akan menanggung liabiliti apabila berlaku keracunan atau kerosakan organ serta kesan sampingan imunisasi.

Pada 24 Oktober lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama KKM memaklumkan bahawa Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin Covid-19 pada suku tahun depan. Sinar

Bekas Ketua MAFIA antarabangsa kini sertai PPIM [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker