Arab Saudi antara negara pertama bakal terima vaksin COVID-19

RIYADH: Timbalan Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Abdullah Al-Asiri mengumumkan Arab Saudi bakal menjadi antara negara pertama dalam Kumpulan 20 (G20) dan negara di dunia yang akan memperoleh bekalan vaksin COVID-19.

Portal berita Saudi Gazette melaporksn menerusi temu bual bersama Saudi Television pada Rabu, Dr Abdullah berkata Arab Saudi sedang mengusahakan pendekatan yang menjamin akses kepada sekumpulan vaksin yang diluluskan di peringkat antarabangsa.

Beliau menjelaskan bahawa semua vaksin utama yang mencapai fasa akhir percubaan termasuk dalam perancangan itu.

COVID-19: Bukan semua boleh selesai dengan vaksin – Pakar

Asiri berkata kerajaan sudah menandatangani kontrak dengan kumpulan elit bagi mendapatkan vaksin yang berjaya dalam ujian akhir.

“Ada juga jalan lain di mana kerajaan berusaha mendapatkan vaksin yang diluluskan dan itu adalah melalui kontrak langsung antara Arab Saudi dan syarikat yang vaksinnya mencapai tahap maju dalam ujian klinikal,” katanya.

Menurut Asiri, tiada kesan jelas keberkesanan vaksin terhadap COVID-19 sebelum pertengahan 2021.

“Vaksin perlu diberikan kepada kumpulan besar manusia sehingga mampu menyekat penularan pandemik ini,” katanya.

Asiri berkata, kelulusan rasmi untuk kedua vaksin dijangka sekurang-kurangnya sebelum akhir 2020 untuk penggunaan kecemasannya di peringkat global.

“Ini akan memakan masa beberapa bulan untuk pengedaran dan pengagihan vaksin dalam kalangan rakyat,” katanya. – AGENSI

https://mykmu.net/2017/02/25/malaysia-istimewa-di-mata-saudi/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker