MKN kini benarkan 3 individu dalam satu kenderaan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) yang membenarkan hanya dua individu menaiki satu kenderaan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata peraturan baru kini membenarkan tiga individu dari isi rumah yang sama menaiki satu kenderaan.
Ismail dalam sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya hari ini menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mendapat maklum balas daripada pihak polis dan orang ramai.
“Pihak polis memaklumkan bahawa kadang-kadang agak sukar untuk menggunakan budi bicara atau tidak.
“Banyak rungutan dan pandangan dari orang ramai meminta supaya memberi sedikit lagi kelonggaran.
https://mykmu.net/2017/05/08/ini-cara-dia-balas-budi-almarhum-tun-razak/
“Oleh itu mesyuarat hari ini bersetuju untuk memberi kelonggaran iaitu tiga (orang) untuk satu kenderaan,” katanya.
Bagi perkhidmatan e-hailing dan teksi, setiap pemandu boleh mengambil dua penumpang bagi setiap perjalanan.
Ismail tidak menyatakan apakah akan ada perubahan terhadap peraturan yang hanya membenarkan dua individu dari setiap keluarga meninggalkan rumah bagi mendapatkan barang keperluan, makanan atau makan di restoran.
Bagaimanapun, kenyataan bertulis Ismail menyebut bahawa peraturan baru itu membenarkan “tiga orang dari rumah yang sama dalam satu kenderaan”.
Sidang media harian itu hanya dikhaskan kepada Bernama dan RTM, manakala organisasi media swasta dan bebas tidak dibenarkan membuat liputan.
PKPB kini dilaksanakan di semua negeri kecuali Sarawak, Kelantan, Pahang dan Perlis.
Ditindas 22 Bulan Oleh PH, Zahid Harap Pendidikan Tahfiz Dilaksanakan Semula