Tak dapat bantuan, pengusaha bas persiaran lapor polis terhadap 5 kementerian

Sebuah persatuan pengusaha bas persiaran membuat laporan polis terhadap 5 kementerian kerana “kegagalan” membantu mereka ketika pandemik Covid-19.

Ketua Persatuan Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara Ahmad Ruslan Abdul Latiff berkata, kerajaan ibarat meletak garam pada luka mereka apabila Belanjawan 2021 mengabaikan rayuan mereka untuk mendapatkan bantuan, terutama lanjutan moratorium bayaran pinjaman.

Keadaan itu menyebabkan mereka membuat laporan polis terhadap kementerian kewangan, pengangkutan, pelancongan, seni dan budaya, perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna serta perumahan dan kerajaan tempatan.

Ahmad Ruslan berkata, laporan polis itu dibuat untuk “menarik perhatian” kerajaan susulan rayuan mereka untuk mendapatkan bantuan beberapa bulan lalu diabaikan.



Beliau berkata, salah 1 permintaan itu ialah kerajaan mengambil alih hutang yang ditanggung pengusaha bas untuk membeli bas dan membiayai operasi mereka melalui syarikat kredit.

Katanya, bukan semua pengusaha bas mendapat pinjaman daripada bank.

Menurutnya, masalah utama mereka ialah untuk membayar premium insurans bas kerana mereka kini tiada sebarang pendapatan.

“Ia menyebabkan kebanyakan kami menjual bas untuk membayarnya dan sebahagian lagi diisytiharkan bankrup,” katanya. FMT



Bas kami nak kena tarik dah…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker