SMPC masih pertahan UEC, jadi tak perlu harap bantuan kerajaan!

Tolak dasar pendidikan negara tapi masih rakus mahu peruntukan

 

BANGI, 22 Rabiulawal 1442H, Ahad – Jangan persoal kenapa tiada peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina waima Tamil, kerana ia sudah termasuk dalam peruntukan belanjawan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“SJKT dan SJKC adalah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan. Belanjawan untuk dua dua SJK ini sudah termasuk dalam peruntukan belanjawan untuk KPM. 

“Sekolah kebangsaan (SK) juga tidak disebut dalam belanjawan,” kata pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir secara sinis, merujuk kenyataan pemimpin DAP. 

Terdahulu, ADUN DAP, V Ganabatirau mahu kerajaan mempertimbangkan semula peruntukan khas kepada sekolah vernakular.

“Sebelum ini sejak 2013, tiap-tiap tahun SJKT dan SJKC dapat peruntukan khas RM50 juta masing-masing.

Belanjawan faham keutamaan, ini tidak, sikit-sikit sekolah vernakular – Prof. Ridhuan Tee Abdullah

“Kali ini, PN umum RM800 juta secara am untuk semua sekolah. Jadi, kemungkinan sekolah vernakular tidak akan ada keutamaan.

“Kerajaan PN perlu pertimbangkan semula peruntukan khas dalam RM800 juta ini,” dakwanya. 

Selain itu, Ahli Parlimen DAP, Khoo Poay Tiong turut mengecam kerajaan kerana tidak memperuntukkan dana untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dalam Belanjawan 2021. 

Dakwanya, ketika era Pakatan Harapan, SMPC diperuntukkan RM12 juta pada tahun 2019 dan dana tersebut meningkat kepada RM15 juta di bawah Belanjawan 2020.

Namun, Khoo yang tidak berpuas hati dengan Belanjawan 2021 berkata, tidak satu sen pun akan masuk kepada 60 SMPC di negara ini dan jelas bahawa PN tidak menghormati sekolah-sekolah vernakular.

Peruntukan vernakular: Ingat, PN jangan tunduk desakan ultra kiasu

Menyelar rungutan pemimpin parti tamak haloba, Ustaz Sharipuddin berkata, SMPC adalah hak milik persendirian – yang jelas tidak mengikut aliran pendidikan negara. 

“Sekolah ini semuanya mewah. Dibiayai oleh orang kaya. Kenapa perlu bantuan lagi? 

“Lagipun sekolah ini masih pertahankan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang belum diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. 

“Sekolah mewah dan guna sistem luar negara tetapi masih menuntut bantuan kerajaan,” sindirnya. 

Melihat kepada keadaan itu, Ustaz Sharipudin berkata, sememangnya ini adalah sikap mereka – terlalu tamak dan gelojoh pada harta negara ini walaupun telah memiliki kekayaan. 

“Untuk kongsi kekayaan dengan bangsa Melayu, kekayaan mereka amat jauh sekali tetapi apa yang baki sedikit lagi milik Melayu, mereka menuntut kononnya untuk keadilan bersama.

TEGAS! UEC perlu ikut Dasar Pendidikan Kebangsaan bukan sebaliknya

“Sedangkan dasar pendidikan negara mereka tolak, bahkan menentang tetapi amat rakus dan tamak menuntut peruntukan dalam belanjawan negara,” katanya.

Sifat buruk dan jahat golongan sebegini amat menyerlah dan penuh dengan tipu daya, terutama ketika mengaut kekayaan untuk mereka, jelas Ustaz Sharipudin lagi.

“Tengoklah sikap yang buruk dan jahat. Mereka menolak tulisan Jawi dalam pendidikan tetapi eksploitasi tulisan Jawi dan nama Islam untuk produk mereka. 

“Rela menukar nama dengan nama Islam dan menggunakan tulisan Jawi demi menjaga produk mereka di pasaran,” katanya.

Gesa KPM tarik balik lulusan UEC masuk IPG, kemudian haramkan!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker