Los Angeles: Sepucuk pistol yang digunakan mendiang Sean Connery dalam filem James Bond pertama, Dr No pada 1962 bakal dilelong pada harga sekitar RM620,000 hingga RM827,000 pada 3 Disember ini.
Pistol model Walther PP yang digunakan sebagai prop dalam filem itu antara sebahagian barangan lelong pada acara Icons & Idols Trilogy: Hollywood anjuran Julien’s Auctions.
Dalam filem pengenalan James Bond itu, Connery menggunakan pistol berkenaan dan berjaya mengembangkan watak itu terus popular selama lebih enam dekad.
Pistol yang sudah dinyahaktif berkenaan menjadi prop ikonik dan nilainya dikenal pasti BAPTY. BAPTY juga adalah pemegang pistol itu selepas dilelong pada 2006.
Keputusan melelong pistol terbabit dibuat selepas Connery meninggal dunia pada 30 Oktober lalu pada usia 90 tahun.
Connery membintangi beberapa siri James Bond antaranya From Russia With Love, Goldfinger, Thunderball, You Only Live Twice, dan Diamonds Are Forever.-HM
Enam kucing yang jinak dan manja antara aset bakal dilelong selepas disita daripada kumpulan penjenayah dipercayai terlibat dengan sindiket dadah dalam satu serbuan di wilayah timur Rayong hari ini. Serbuan itu, yang dilakukan Polis Antinarkotik Thailand ke atas sebuah rumah dalam daerah Klaeng di Rayong, menemukan kesemua haiwan peliharaan tersebut…
LOS ANGELES – Aktres Hollywood, Tanya Roberts yang dilaporkan meninggal dunia kelmarin sebenarnya masih hidup, menurut laporan Badan Penyiaran British (BBC), hari ini. Tanya Roberts masih hidup namun berada dalam keadaan kritikal. - BBC Kesilapan pengumuman kematian Roberts, 65, yang terkenal sebagai Gadis Bond dalam filem A View To Kill…
London: Seorang wanita sanggup membotakkan rambutnya dan menjaja kisah sedih dia hanya menunggu ajal kerana menghidap kanser tahap kritikal. STANDEN (kanan) sanggup botakkan rambutnya. FOTO AGENSI Itu 'lakonan mantap' Toni Standen, 29, yang meraih simpati orang ramai hanya kerana mahu mendapatkan tajaan perbelanjaan bagi merealisasikan majlis perkahwinan impiannya. Dalam temu…