Keluar sekarang atau saya panggil polis
“Kamu keluar sekarang. You are too much (kamu sudah melampau). Kamu keluar sekarang atau saya panggil polis, tolong keluar!”
Arahan itu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kepada Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng selepas dilihat sengaja menimbulkan kekecohan dalam persidangan, hari ini.
Azhar turut menggantung kehadiran Lim selama lima hari bermula hari ini.
Ia susulan tindakan Lim yang berterusan mencabar Azhar dalam isu menghina Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham ketika persidangan semalam.
Menurut Azhar berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, sebarang rulling yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.
Sebelum itu, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) dan Lim Guan Eng (PH-Bagan) bangun meminta Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) yang membuat penghinaan itu supaya memohon maaf selain mendesak ahli dewan mengecam tindakan Tiong serta Azhar mengkaji semula rulling semalam.
Menjawab itu, Azhar berkata, keputusan sudah pun dibuat Timbalan Yang Dipertua Datuk Seri Azalina Othman Said dan bersifat muktamad.
Tidak berpuas hati dengan jawapan Azhar, Lim berang dan menyebut ‘Speaker bodoh’ dan ‘bersekongkol dengan kerajaan’.
Berikutan itu dewan kecoh dengan Azhar meminta kenyataan berkenaan ditarik balik dan menyifatkan Lim cuba menimbulkan kekecohan untuk mengganggu masa perbahasan.
“Kamu diam. Kamu keluar sekarang. (Kalau) Kamu tidak mahu keluar, saya punya kuasa panggil polis. Saya gantung kamu lima hari,” katanya yang memberitahu usul persendirian perlu dibuat sekiranya sesuatu perintah hendak diperbahaskan semula mengikut Perkara 43 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Kekecohan berlaku perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.
Azhar menjelaskan, mengikut Perkara 43 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, sekiranya perintah itu hendak diperbahaskan semula maka usul persendirian perlu dibuat. HM
Muhyiddin Panggil Mesyuarat Khas Kabinet Esok, Politik atau Pandemik?
You must be logged in to post a comment.