9 Pilihan Aksesori Kereta & Barang Berguna Yang Wajib Anda Beli Di Shopee

Yang Wajib Anda Beli Di Shopee

Boleh ‘add to cart’ dulu.

Umum sedia maklum, sudah menjadi kebiasaan kereta yang kita beli mesti nak ditambah dengan pelbagai aksesori atau gajet

Ada saja yang mahu diubah supaya nampak kereta kita ini sedap mata memandang dan mahu dilihat berbeza berbanding pemilik kereta lain.



Aksesori-aksesori ini pula biasanya adalah untuk menambah fungsi dan kegunaan asal sesebuah kereta itu. Malah, ianya juga datang dalam pelbagai jenis dan rangkaian harga.

Oleh itu, dalam artikel kali ini penulis ingin senaraikan beberapa aksesori kereta dan barang berguna yang anda boleh beli melalui di Shopee.

1. Kotak kertas tisu boleh gantung

Biasanya kita akan ada mempunyai masalah untuk ruangan letak bagi kotak kertas tisu ini.



Iyalah kotak segi empat tepat ini kadang kala memakan ruang sehinggakan kita berasa semak jika ianya letak di ruangan tidak sepatutnya.

Kini, masalah tersebut bakal selesai dan anda tidak perlu runsing lagi mahu ia diletakkan di mana. Mudah sahaja sangkutkan di visor kereta anda di sebelah pemandu.

Item: Kotak Kertas Tisu Kereta
Harga: RM5.25 hingga RM20.39

2. Pelindung cermin tingkap kereta magnet

Image from ebestbuy (Shopee)

Image via ebestbuy (Shopee)



Masalah yang sering kita hadapi kita apabila memandu kereta ialah sinaran matahari yang datang dari arah kiri dan kanan cermin kereta.

Iyalah kalau dari depan kita masih boleh elak lagi dengan memakai cermin mata hitam. Kini anda tak perlu risau lagi dengan adanya magnet car sunshade ini.

Item: Magnet Car Sunshade
Harga: RM28.50 hingga RM38

3. Pemegang telefon boleh pusing

Image from wishaearn888 (Shopee)

Image via wishaearn888 (Shopee)



Yang ini paling biasa dijumpai dalam kereta sekarang, pemegang telefon. Ada yang dipasang pada cermin dan pada papan pemuka. Malah, ada yang pemegang telefon dengan cara ‘kepit’ dan magnet juga.

Item: Car Phone Holder 360° Rotating
Harga: RM9.90

4. Penyangkut pelbagai guna

Image from ysautomart (Shopee)

Image via ysautomart (Shopee)

Memang tidak dinafikan lagi, penyangkut pelbagai guna ini memang penyelamat keadaan bagi yang suka membeli-belah.



Paling popular di Malaysia adalah untuk sangkut beg plastik bila anda tapau air minuman dan makanan. Selain itu, aksesori sebegini juga sudah sedia ada terbina dalam model kereta terbaru.

Item: Multipurpose Rotating Car Hanger
Harga: RM4.90

5. Poket tepi tempat duduk

Image from topfive (Shopee)

Image via topfive (Shopee)

Kadang kala ada saja barang yang tercicir daripada poket seluar kita. Malah, barang yang kita mahu alihkan itu halus sangat jika kita letak di dalam dashboard.



Jadi, poket tepi tempat duduk jenis nipis ini adalah jalan penyelesaiannya untuk anda letakkan di celah-celah antara tempat duduk dengan konsol tengah.

Item: Catch Caddy Car Seat Pocket
Harga: RM4.48

6. Pengecaj kenderaan USB 3.0

Image from baseus.os (Shopee)

Image via baseus.os (Shopee)

Siapa di sini tidak gunakan telefon pintar semasa menaiki kenderaan? Penumpang selalu memeriksa telefon pintar semasa di dalam kenderaan, dan pemandu juga gunakan telefon pintar untuk aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps.

Jadi dengan adanya pengecaj USB jenis fast-charging pastinya sesuatu yang wajib. Ia mempunyai kapasiti caj lebih tinggi dan menyediakan 2 atau 3 port USB dari satu sumber kuasa.

Item: Baseus 45W Metal Dual USB Quick Charge

Harga: RM17.97 hingga RM38.88

 

7. Aksesori penyedut hampagas mudah-alih

Penyedut hampagas mudah-alih sangat berguna kerana seperti namanya, ia mudah-alih dan boleh dibawa ke mana-mana. Ini juga bermakna saiznya lebih kecil dari penyedut hampagas biasa untuk kegunaan rumah.

Dengan hanya menyambungkannya di soket 12V kereta anda, anda boleh membersihkan habuk di lantai, karpet atau celah-celah kabin kereta di mana sahaja.

Item: Mini Handheld Vacuum Dirt Cleaner

Harga: RM11.30

 

8. Pemantau tekanan angin tayar

Image from onestoremy (Shopee)

Image via onestoremy (Shopee)

Tekanan tayar sebaiknya diperiksa sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebelum memulakan perjalanan jauh. Tetapi jika perlu ke kedai tayar atau stesen minyak setiap kali pasti agak leceh.

Gajet pemantau tekanan angin tayar ini sangat berguna kerana anda boleh memeriksa pada bila-bila masa sahaja. Ia juga menggunakan tenaga solar, maka sedikit mudah di situ kerana tidak perlu mengganti atau mengecaj bateri.

Item: Tire Pressure Monitor System Solar Wireless

Harga: RM70 hingga RM99

9. Kamera perakam video (dash cam)

Dengan trafik yang semakin tinggi di jalan raya hari ini serta pelbagai ragam manusia, risiko kita terlibat dalam kemalangan atau berdepan dengan pemandu tidak berhemah semakin tinggi.

Dengan adanya kamera perakam video atau dash cam ini, sebarang insiden dapat direkodkan dan dijadikan bukti untuk rujukan sekiranya perlu.

Dash cam hari ini juga semakin canggih dengan pengesan GPS satelit, pengesan gegaran, sambungan Bluetooth serta WiFi dan sebagainya.

Item: Xiaomi Mai 70 Pro

Harga: RM207.90 hingga RM334.90

 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membeli aksesori kereta yang diperlukan 🙂

Image from GIPHY

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker