Covid-19 : 919 kes baru hari ini dengan 1 kematian
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 919 kes jangkitan baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 1 kematian direkodkan.
Dalam tempoh yang sama, 996 pesakit disahkan pulih.
Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sehingga kini 43,791 kes.
Sabah terus melaporkan angka jangkitan kes tertinggi dengan 318 kes dan diikuti Negeri Sembilan (240).
Terkini. 12 Nov. Kes baharu #COVID19 hari ini ialah 919, lebih rendah berbanding kes sembuh, 996.
Kes baharu tertinggi, Sabah (319), N. Sembilan (240), Selangor (174), P. Pinang (63), KL (49), Labuan (35).
1 kes kematian baharu, 1 Kluster baharu (Sabah) dan 3 kluster tamat.
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
12 Nov 2020
Kes sembuh=996
Jumlah kes sembuh=32,069 kes
Kes baharu positif=919
(kes import=3, kes tempatan=916)
Jumlah positif=43,791 kes
Kes kematian=1
Jumlah kes kematian=303 kes
Kes dirawat di ICU=92 kes
Bantuan Alat Pernafasan=35 kes
Berita lanjut menyusul
You must be logged in to post a comment.