Sanggup Tidur Lambat Semata-Mata Tunggu Sale 11.11, “Kasar Permainan Kau…”

Tarikh 11 November atau juga dikenali sebagai Singles Day adalah waktu yang dinanti-natikan oleh ramai orang kerana pada hari inilah jualan murah besar-besaran diadakan.

Di Malaysia pula, tentunya dalam musim PKPB ini ramai yang bergantung pada platform membeli belah atas talian seperti Shopee dan Lazada untuk bershopping sakan.

Biasanya platform online akan memberikan baucar promosi tepat pada 12 malam 11 November, menyebabkan ramai yang mengorbankan tidur mereka untuk menunggu tempoh pembelian selama 2 jam itu.

Itulah yang dapat disaksikan berlaku semalam apabila ramai yang telah bersedia dan teruja untuk mula membeli belah tepat jam 12.

Walau bagaimanapun, laman Shopee yang merupakan laman membeli belah atas talian paling popular di kalangan rakyat Malaysia telah mengalami masalah teknikal menyebabkan ramai yang ‘panas hati.’

Netizen meninggalkan pelbagai komen di Twitter untuk meluah kekecewaan mereka setelah ramai yang bersemangat dan tidur lambat untuk menunggu baucar dikeluarkan.

“Geram gila…”

 

 

“Penat menyumpah sorang…”

 

“baik kau repair cepat…”

 

 

“punya lah semangat…”

 

“Pulang balik duit aku…’

 

 

“Dah tahu nak buat sales…”

 

 

 

“Penat2 je stay up…”

 

 

 

 

“aku dh brsdia dri 11 stgh…”

 

 

“Kasar permainan kau…”

 

Walau bagaimanapun, Shopee mengumumkan untuk membawa semula sale tersebut pada pukul 9 pagi 11 November bagi mereka yang terlepas untuk menggunakan baucar.

Kredit: HCL

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker