Hitam atau putih pada tahun depan?

Isu kasut hitam dan kasut putih yang pernah mencetus polemik satu ketika dulu sekali lagi mencuri perhatian dengan ibu bapa dan pihak sekolah bertanya mengenai dasar itu menjelang sesi persekolahan baharu tahun depan.

China Press melaporkan, dengan pertukaran kerajaan, sekolah menengah dan rendah juga berasa kabur dengan dasar terkini Kementerian Pendidikan.

Pihak sekolah memberitahu bahawa kebanyakan pihak “berdiam” mengenai isu itu dan Kementerian Pendidikan sendiri tidak melakukan apa-apa pengumuman.

Seorang guru besar berkata, sekiranya tiada arahan terkini daripada Kementerian Pendidikan, maka sekolahnya akan mengekalkan peraturan sedia ada iaitu murid-murid boleh memilih memakai kasut putih atau kasut hitam.

Walau bagaimanapun, guru besar itu percaya Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan garis panduan menjelang sesi persekolahan baharu.

Dalam pengumuman 2019, Kementerian Pendidikan memberitahu kasut hitam dan juga kasut putih dibenarkan pada 2019 dan 2020, tetapi kasut hitam diwajibkan pada 2021.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan juga memberitahu pihaknya tidak pasti sama ada terdapat keputusan terkini mengenai kasut hitam.

“Kami pun tidak pasti, mungkin ia akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya.

Walau bagaimanapun, jurucakap daripada persatuan pengilang kasut berkata, kebanyakan pengilang telah berjaya menghabiskan stok kasut putih.

Katanya, kebanyakan pengilang juga tidak lagi menempah kasut putih selepas kerajaan mengumumkan dasar kasut hitam.

Keadaan itu bermakna kasut putih mungkin semakin sukar dicari berbanding kasut hitam selepas ini. MG

Boleh pakai kasut warna apa saja ke sekolah : Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker