Covid-19 : 822 kes baru hari ini dengan 2 kematian · MYKMU.NET

Covid-19 : 822 kes baru hari ini dengan 2 kematian

Share

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 822 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam tempoh yang sama, 769 mangsa pulih dilaporkan.

Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan sehingga kini 42,872 kes.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 202 kes atau 24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.

Jumlah kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut: Sabah (258 kes), Negeri Sembilan (225), Selangor (176), Labuan (46) Pulau Pinang (26), Kuala Lumpur (17), Kedah (17), Sarawak (14), Perak (14), Johor (10), Melaka (6), Putrajaya (3), Perlis (2) dan Kelantan (1).

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
11 Nov 2020
Kes sembuh=769
Jumlah kes sembuh=31,073 kes
Kes baharu positif=822
(kes import=7, kes tempatan=815)
Jumlah positif=42,872 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=302 kes
Kes dirawat di ICU=86 kes
Bantuan Alat Pernafasan=30 kes

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply