[VIDEO] Cubaan “WHEELIE” Dari Budak Tunggang Motosikal Kapcai..Kaki Pun Tak Sampai Dik…

Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian video menunjukkan individu dipercayai seorang kanak-kanak yang dirakam cuba membuat aksi merbahaya ketika menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar yang dirakam oleh seorang individu.

Bukan sahaja tidak memakai topi keledar, tetapi telatah individu berkenaan yang dilihat lebih kecil daripada motosikal yang dinaikinya itu juga menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen.

Video yang  berdurasi 18 saat tersebut kelihatan budak dipercayai berusia 10 tahun itu sedang menunggang motosikal Honda EX-5 berwarna hitam, malah cuba untuk melakukan ‘Wheelie’atau “Tunggang Pacak”

[videopress 3cMtBL2c]

 

 

“Kalau ada bakul, dia duduk dalam bakul ke”

Hal tersebut menjadi perdebatan Netizen kerana bimbang akan tindakan budak terbabit yang belum mencapai ketinggian untuk menunggang motosikal selain tidak memakai topi keledar dan lesen.

Dia ingat main basikal ke?

Kalau adik aku, aku tibai jeee!

Dah serah diri ke balai polis

Walau bagaimanapun menerusi laporan Harian Metro, budak berkenaan sudah menyerah diri bersama bapanya yang berumur lingkungan 50-an di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu hari ini.

Video diambil semalam & tular

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, video tersebut telah dirakam oleh individu di satu simpang tiga dan mendapati kejadian itu berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra Kedah semalam.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, rakaman video itu berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra pada 6 petang 8 November (semalam),” katanya.

Dah diambil tindakan

Tindakan juga akan diambil terhadap warisnya mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

“Kanak-kanak lelaki itu kemudian dibebaskan selepas dikenakan tindakan saman atas kesalahannya,” tambah Mohd Ismail.

Susulan daripada itu, pihak polis menasihatkan kepada ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam aspek keselamatan lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Sumber: Sinar,  Twitter, Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli), OhMyMedia

Ibu Terkejut Anak Lelaki Darjah 6 Terima Surat Ajak ‘Main’

Related Articles

One Comment

  1. Kalau setakat saman saja tak akan ada rasa insaf. Tengok gambar, mereka rasa bangga pula dapat saman. Lepas seminggu, buat balik. Sepatutnya masuk penjara sebulan dan sebat. Kalau setakat saman, masalah samseng jalan raya tak akan ada kesudahan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker