Tiga anggota polis direman, disyaki minta rasuah
SHAH ALAM – Tiga anggota polis berpangkat koperal dan sarjan direman empat hari kerana dipercayai meminta rasuah daripada seorang pemandu van sekolah.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Wan Noora Nisa Ngadirin membenarkan ketiga-tiga suspek direman bermula hari ini hingga 13 November 2020.
Kesemua anggota polis berpangkat koperal dan sarjan itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Permohonan reman itu dikemukan oleh Pegawai Penyiasat SPRM Selangor, Muhammad Multazam Mohd Shuhaimi.
Sarjan dan koperal yang berusia 38 tahun hingga 57 tahun itu dipercayai meminta wang sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang pemandu van yang membawa lebih dua penumpang dalam satu masa pada Ahad lalu.
Pemandu van terbabit juga telah melanggar prosedur operasi standard apabila tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika Peritnah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Ketiga-tiga suspek diwakili peguam, Sallehuddin Salleh. MG
You must be logged in to post a comment.