Najib bidas Mahathir yang dakwa Belanjawan 2021 mufliskan negara
Datuk Seri Najib Razak membidas Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa Belanjawan 2021 boleh bankrapkan negara.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dengan lebihan hanya 2.5 peratus dari saiz Bajet 2019 ketika kerajaan PN sebelum ini tidak menyebabkan negara bankrap.
Bagaimanapun, katanya, apabila kerajaan ditadbir parti lain selain PH dan bentangkan bajet, boleh bankrapkan negara.
“Bajet saiz RM314.5 bilion tahun 2019 bawah kerajaan PH, tidak bankrap negara, tapi bajet saiz RM322.5 bilion tahun 2021 iaitu lebihan 2.5 peratus dari kerajaan PH, boleh bankrapkan negara.
“Sedangkan saiz bajet kerajaan PN itu adalah untuk selamatkan negara yang dalam krisis pandemik Covid-19,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Najib dengan nada menyindir berkata, kononnya bagi PH, Malaysia hanya akan selamat jika mereka yang menjadi Perdana Menteri.
“(Tetapi), Malaysia dalam bahaya jika orang lain jadi Perdana Menteri,” katanya.
Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau bimbang kerajaan PN perlu meminjam untuk melaksanakan belanjawan yang dibentangkan Jumaat lalu.
Jika itu berlaku, dianggarkan dapat meningkatkan hutang kerajaan kepada RM1.3 trilion.
“Itu banyak wang. Sekiranya negara gagal membayar pinjaman, kita mungkin muflis,” katanya dalam tulisan blognya semalam.
Menurut Mahathir, belanjawan tersebut adalah yang terbesar iaitu kerajaan membelanjakan RM322.5 bilion.
“Saya bukan pemodal. Tokoh-tokoh besar ini sangat membingungkan. Nampaknya kerajaan akan memasukkan wang ke dalam saku semua orang, kaya dan miskin, bekerja dan menganggur,” kata beliau. MG
Jadikan belanjawan lebih realistik, kami akan sokong, kata Mahathir
You must be logged in to post a comment.