Lagi pencemaran bau di Sungai Selangor, harap MB segera pergi bau
Tiga loji rawatan air di Rantau Panjang ditutup kerana pencemaran bau
Tiga loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang (SSP 1, 2, dan 3) dihenti tugas pada jam 12.20 sehingga 12.45 tengah hari tadi.
Dalam satu kenyataan ringkas, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) berkata pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.
“Bau telah dikesan sekitar 8 ton (di LRA Rantau Panjang).
“Berdasarkan pemantauan Luas setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 Ton,” katanya.
Luas, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera.
Menurut kenyatan itu sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Susulan pencemaran Sungai Selangor yang dikesan hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.
Berikutan itu, gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan bermula jam 6 petang ini.
Ia melibatkan Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Dalam satu kenyataan, Air Selangor memaklumkan sehingga jam 2:30 petang ini, pencemaran di Muka Sauk LRA Rantau panjang pada tahap 8 TON dan LRA SSP1, 2 dan 3 pula pada tahap 4 TON.
“Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan Empangan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari.
“Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama,” kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri.
Menurutnya, Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Maklumat gangguan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawangnya www.airselangor.com.
Lawak Giler: Ayah Ajar Anak Mandi ‘Cara Orang Selangor’ Ini Undang Ketawa Ramai Netizen [ VIDEO ]
You must be logged in to post a comment.