Dua ditemui maut dalam kejadian tanah runtuh di Tambun

IPOH: Mayat dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Banjaran Hot Spring, Tambun, dekat sini awal pagi ini, telah ditemui.

Kedua-duanya ditemui di sebuah bilik yang menempatkan jakuzi di salah sebuah villa yang terdapat di resort berkenaan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng, mangsa pertama merupakan seorang lelaki, ditemui kira-kira jam 9.55 pagi.

Manakala mangsa kedua ialah seorang wanita yang ditemui lima minit kemudian.



“Kami baru saja dimaklumkan bahawa, dalam lebih kurang 9.55 pagi tadi, kedua-dua mangsa telah pun dijumpai dan mereka dijumpai dalam kawasan jakuzi villa tersebut.

“Kedudukan kedua-dua mangsa ini adalah berdekatan. Mereka dijumpai dalam lima minit antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Goh, kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 30-an merupakan warganegara Malaysia.

Mayat akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.



Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi Selasa, sebahagian daripada sebuah villa di resort tersebut dihempap tanah runtuh, dipercayai ekoran hujan berterusan sejak malam tadi. Awani

2 penghuni hotel tertimbus, hanya kasut dijumpai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker