“Belajar Jauh-Jauh, Balik Malaysia Sumbat Tauhu Bergedil Je?” – Gadis Ini Reply Balik…..
Ramai di antara kita yang kebanyakannya lari bidang pekerjaan dari apa yang kita belajar, tetapi itu bukanlah masalah yang besar kalau kita pandai bawa diri
Begitu juga dengan kisah gadis ini yang tular di laman sosial Twitter beberapa hari lalu. Dia telah memuat naik ciapan tentang kata-kata sindiran yang dia dan keluarganya biasa dapat daripada ‘mak cik bawang’.
“Mak bapak hantar belajar jauh-jauh, balik Malaysia sumbat tauhu begedil je?,” ini adalah salah satu sindiran yang diberikan kepadanya.
Gadis tersebut yang mesra dipanggil Jenab, telah berkongsi tentang bisnes tauhu bergedilnya yang bermula hanya daripada penghantaran Cash On Delivery (COD) sehinggalah dia berjaya buka sebuah kafe.
Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:
Ambil masa 2 tahun untuk berniaga di kedai sendiri
Image via @@kakjenab (Twitter)
Bercerita tentang bagaimana bermulanya bisnes Jenab, dia berkata pada mulanya dia hanya naik motor untuk COD tauhu bergedil kepada pelanggannya. Kemudian selepas sudah banyak permintaan, dia COD dengan menaiki kereta dan kini dia mampu bayar gaji runner sendiri.
“Bermula dengan 3kg/sehari ubi kentang sehari sampailah 130kg/sehari ubi kentang digunakan untuk buat tauhu begedil.
Saya dh upgrade cara kupas kentang dari cara manual sampailah saya guna mesin pengupas kentang.
2 minit saya boleh kupas 10kg kentang. Cara adun tauhu begedil pun saya dah upgrade guna mixer,” katanya.
Bagi anda yang suka food hunting tu, kalau datang ke Kuantan jangan lupa singgah The Jenab Cafe. Dengar cerita, tauhu bergedil dia memang terbaik!
Berikut di bawah adalah alamat kedai The Jenab Cafe:
Image via @@kakjenab (Twitter)
Susulan tularnya ciapan itu yang kini mendapat hampir 9,000 retweets dan lebih 7,700 likes di Twitter, Jenab menerima banyak kata-kata semangat dan sokongan daripada warganet
Menurut Jenab, dia merupakan pelajar di United Kingdom (UK) dalam bidang architectural technologist. Tetapi, dia mendapati selepas seminggu dia pergi ke universiti, dia baru tahu yang sebenarnya itu bukanlah bidang yang dia minat.
“Struggle jugak nak menghabiskan dua tahun tu. Berapa kali nak kemas luggage balik Malaysia tapi mak ayah suruh habiskan.
Mungkin doa mak ayah yang nak jugak saya habis belajar. Akhirnya saya grad on time jugak dan bukan setakat cukup-cukup makan,” katanya lagi.
Perniagaan Jenab mendapat perhatian daripada warganet di Twitter dan ramai di antara mereka sudah cuba tauhu bergedil yang dijualnya. Ada juga yang menjadikan kejayaan Jenab sebagai inspirasi mereka.
Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Image via @kakjenab (Twitter)
Image via @kakjenab (Twitter)
Image via @kakjenab (Twitter)
Image via @kakjenab (Twitter)
Image via @kakjenab (Twitter)
Image via @kakjenab (Twitter)
Image via @kakjenab (Twitter)
Image via @kakjenab (Twitter)
Image via @kakjenab (Twitter)
Image via @kakjenab (Twitter)
Apa lagi, jom kita serbu The Jenab Cafe! – Says.com