Siti Elizad keguguran
Kuala Lumpur: Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin, 36, akur dengan ketentuan Yang Maha Esa apabila mengalami keguguran, baru-baru ini.
Siti Elizad yang menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu berkata dia hanya dapat merasai perasaan wanita hamil buat seketika.
“Allah bagi nikmat rasa jadi ibu itu pada minggu lepas. Tapi, Dia dah ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu.
“Dimaklumkan hamilminggu lepas. MasyaAllah, dia punya gembira tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan bleeding alami pendarahan. Tak tau nak gambarkan perasaan macam mana dan terduduk seketika,” katanya.
Enggan mengalah dengan mudah terhadap usaha dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat semdiri, Siti Elizad berkata mungkin belum rezeki lagi.
“Tak mengapa, Insha-Allah ada rezeki lain. Husnuzon. Bersangka baik. Saya takkan pernah berputus asa. Saya akan selalu positif dan teruskan berdoa.
“Kepada doktor, kita akan jumpa lagi pada Januari 2021. Terima kasih juga kepada semua yang banyak beri sokongan dan doakan terbaik dalam perjalanan saya ini,” katanya.
Sementara itu pada entri di Instagram Story, Elizad memohon maaf kepada rakan-rakan yang menghubunginya kerana tidak menjawab panggilan termasuk membalas kiriman mesej mereka.
Tragedi pembunuhan Siti Nur Surya, ‘rakan sekolah’ direman 7 hari bantu siasatan
Katanya, bagaimanapun sekarang dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, dengan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.
Apapun, Elizad akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.
Siti Elizad bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015. Bagaimanapun, selama lima tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim
You must be logged in to post a comment.