Potong 10 peratus gaji mereka berpendapatan tinggi, kata Mahathir

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pemotongan gaji 10 peratus daripada mereka yang berpendapatan tinggi susulan wabak Covid-19 yang menjejaskan kehidupan dan ekonomi rakyat.

Cadangannya meliputi kedua-dua perkerja sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.

“(Bekas ketua menteri Sabah) Shafie Apdal mencadangkan agar gaji para menteri dipotong sebanyak 30 peratus. Itu angka yang besar.

“Saya fikir mereka yang dapat gaji tinggi baik di sektor kerajaan mahupun swasta harus dipotong 10 peratus gaji mereka.

“Ini satu pengorbanan tetapi saya rasa tidak akan menjejaskan mereka jika ada titik pemotongan yang munasabah, sebagai contoh katakanlah RM 20,000 sebulan,” katanya dalam blognya chedet.cc

Wang itu, katanya, harus digunakan untuk membekalkan makanan kepada penganggur dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan.

Dia berpendapat bahawa golongan berpendapatan tinggi terus memperolehi gaji lebih banyak daripada keperluan harian mereka berbanding dengan mereka yang kehilangan pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan.

Begitu juga, Mahathir, yang adalah pengerusi pro-tem Pejuang, mencadangkan pemotongan elaun dan gaji untuk menteri dan wakil rakyat.

“Sepanjang 15 tahun terakhir, gaji telah dinaikkan pada kadar yang sangat tinggi – sebanyak 25 peratus setiap kali.

“Menteri dan Ahli Parlimen telah diberi pelbagai elaun.

“Peningkatan itu menyaksikan ramai yang berminat untuk menjadi anggota parlimen dan menteri.”

Pendapatan yang lumayan itu, katanya menyebabkan ada di antara mereka yang memegang jawatan sanggup mengorbankan prinsip masing-masing.

“Tidak ada apa-apa akan membuat mereka melepaskan kedudukan masing-masing. Walaupun pemimpin mereka melakukan jenyah, mereka akan tetap menyokongnya.

“Melepaskan jawatan akan menyebabkan mereka kehilangan banyak wang. Prinsip tidak lagi diambil kira,” katanya.

Gaji lazim seorang anggot parlimen adalah RM25,700 termasuk pelbagai elaun yang merangkumi elaun hiburan sebanyak RM2,500 sebulan dan pembelian komputer sehingga RM6,000.

Selain itu ahli parlimen juga menikmati peruntukan untuk kawasan parlimen masing-masing, dengan wakil rakyat kerajaan menikmati sehingga RM3.5 juta setahun, dan hanya RM100,000 untuk ahli parlimen pembangkang. Mk

Belanjawan 2021 apa yang anda dapat?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker