Piala Malaysia tangguh, kerajaan harap peminat bersabar

PETALING JAYA: Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian, selepas kerajaan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berharap peminat bola sepak bersabar dengan penangguhan ini.

“Pertandingan bola sepak walaupun tiada penonton, mereka akan ada sentuhan daripada pemain. Itu lebih berbahaya kerana mereka berpeluh jadi bersentuhan itu dianggap lebih berbahaya,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail berkata pertandingan akan kembali seperti biasa meskipun tanpa penonton selepas rantaian wabak dapat diputuskan.



Perlawanan suku akhir bagi Piala Malaysia sepatutnya berlangsung pada minggu ini membuka tirai Jumaat lalu.

Pasukan yang layak ke pusingan seterusnya ialah Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, UiTM, Johor Darul Takzim (JDT), dan Terengganu. FMT

Mana Hilangnya Duit Tajaan RM30 Juta, Piala Dunia 2018 Soal KJ



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker