Covid-19 ragut nyawa kanak-kanak sindrom Down usia setahun
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun dan menghidap sindrom Down mangsa terbaharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Mangsa, yang turut mempunyai latar belakang penyakit jantung berlubang dan hipotiroidisme, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan, Sabah.
Kanak-kanak itu salah seorang daripada 8 mangsa yang meninggal dunia berkaitan Covid-19 yang diumumkan hari ini.
Tujuh mangsa lain adalah 4 lelaki berusia 72 tahun, 51 tahun, 53 tahun, dan 66 tahun; 3 perempuan berusia 71 tahun, 55 tahun, dan 65 tahun.
Semua kematian ini dilaporkan di Sabah.
Mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 adalah seorang bayi perempuan berusia setahun, juga di Sabah.
Mangsa termuda dilaporkan dijangkiti Covid-19 adalah seorang bayi berusia 12 hari ketika gelombang kedua Covid-19. FMT
Pada 6 Oktober lalu negara mencatatkan kematian bayi pertama.
Kesihatan bayi tersebut didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.
Saringan COVID-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020 perempempuan tersebut dan meninggal dunia sehari selepas itu.
You must be logged in to post a comment.