Belanjawan 2021 : Apa sangat yang M40 dapat ?

Seorang kakitangan swasta, Zunaidah Zainon, 37 berkata, dia mempunyai pendapat yang berbeza kerana beranggapan Belanjawan 2021 mewujudkan satu ‘double standard’ yang cukup tinggi dalam kelas sosial masyarakat.

“Sememangnya, peruntukan bagi M40 sentiasa ditunggu-tunggu bagi golongan ini.

“Namun, saya agak terkilan kerana pembahagian bantuan kerajaan kali ini mengambil kira keluarga ada anak dan tiada anak dan berapa bilangan anak.

“Kesan pada sosial amat besar dan keadaan ini akan melebarkan jurang sosio ekonomi sedia ada.

“Masyarakat akan terus menghukum golongan yang tiada anak dan mereka akan terus tersisih bukan sahaja kepada data ekonomi negara tetapi dalam ekosistem itu sendiri,” katanya.

Bantuan amat diperlukan bagi M40 kerana ramai yang sangka M40 selesa tapi sebenarnya kami pun terkesan.

“Kos sara hidup semakin meningkat dan simpanan pula semakin berkurangan. Emosi tertekan tetapi masih terkawal.

Bagi usahawan, Nor Saniza Sabran, 33, dia berpendapat belanjawan kali ini agak membantu terutama bagi golongan B40 dan M40 cuma tiada yang begitu memberangsangkan.

“Jumlah bantuan M40 biarpun tidak banyak tetapi lebih baik daripada tiada

Kerajaan juga diminta menilai kembali bantuan agar golongan M40 tidak dikesampingkan kerana kesan Covid-19 turut memberi impak besar kepada golongan itu.

Sudah pasti golongan ini juga tidak akan dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP.

Pengurangan cukai 1% kepada yang berpendapatan RM50,000 hingga RM 70,000 juga tidak banyak membantu. Bukan semua golongan M40 akan menerima bantuan seperti bantuan prihatin dan sebagainya.

Kerajaan perlu memberi penekanan yang khusus juga kepada golongan ini. Ada di antara mereka yang berniaga dan mengalami kerugian pada tahun ini. Mereka juga tidak layak untuk menerima sebarang bantuan.

LHDN: Penerima BSH, M40 ada data cukai tak perlu buat permohonan bantuan prihatin rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker