Nahas helikopter: Biro siasatan kemalangan udara soal siasat mangsa selamat esok

Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan memanggil 2 mangsa terselamat dalam nahas helikopter di Taman Melawati, esok untuk membantu siasatan, kata Ketua Inspektor Kemalangan Udara BSKU Izani Ismail.

“Pada hari ini, kedua-dua mangsa dibawa untuk menerima rawatan lanjut di hospital, jadi esok kedua-dua mangsa akan dipanggil oleh BSKU bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua helikopter jenis pesawat ringan itu tidak mempunyai kotak hitam.

“Kotak hitam hanya terdapat pada jenis helikopter yang saiznya lebih besar dan berat,” katanya ketika ditanya sama ada helikopter itu mempunyai kotak hitam yang merupakan alat penting jika berlaku nahas udara.

Bangkai helikopter itu dibawa keluar selepas mengambil masa hampir sejam untuk dileraikan dan dibawa ke Subang menggunakan treler bagi urusan siasatan selanjutnya.

Dalam nahas itu, 2 lelaki maut manakala 2 lagi termasuk seorang wanita selamat dalam kejadian melibatkan 2 helikopter dipercayai berlanggar di udara sebelum sebuah daripadanya terhempas di kawasan semak di Taman Melawati.

Mangsa yang maut ialah bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia Mohamed Sabri Baharom, 56, yang beralamat di Wangsa Melawati serta Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, beralamat di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Manakala mangsa yang terselamat bekas ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Elan, 51. FMT

Al-Fatihah: Baru 3 Hari Nikah, Isteri Menangis Suami MeninggaI Dalam Nahas Jalan Raya. [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker