[VIDEO] Lelaki Cina mabuk langgar orang, tunjuk jari tengah Penguatkuasa DBKL dan orang awam

Kejadian baru sahaja berlaku di Pasar Borong Kuala Lumpur. Menurut info yang min terima, seorang lelaki Cina telah memandu secara melulu sehingga mahu melanggar pengunjung Pasar Borong tersebut.

Apabila mendapat aduan, Penguatkuasa JPK DBKL yang membuat kawalan di PBKL bergegas ke tempat kejadian, dan mengarahkan lelaki tersebut berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut.

Lelaki yang masuk ke tempat itu dengan tujuan mengambil isterinya, telah memprovokasi Penguatkuasa, dan menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) terhadap Penguatkuasa sambil memaki hamun. Perbuatannya itu telah dihalang oleh isterinya, dan beberapa pekerja yang berada di situ.



Polis telah tiba ke lokasi kejadian sejurus aduan dibuat oleh Penguatkuasa. #abampenguatkuasa

P/s: mengikut rekod kejadian sama seperti ini. Lelaki Cina tersebut boleh ditahan reman selama beberapa hari dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas.

Terdahulu, mereka yang menunjukkan jari tengah terhadap Pihak Berkuasa, telah didenda sebanyak RM1000.

Min harap mereka yang tidak menghormati Anggota dan Pegawai Pihak Berkuasa seperti ini diberikan hukuman yang lebih berat. Penjara dan denda!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker