Banyak Makan Kuaci Biji Bunga Matahari Boleh Mudarat Kesihatan

Nikmatnya dapat makan biji kuaci banyak-banyak, rasa rangup kuaci tatkala mengunyahnya memang boleh buat diri tak berhenti makan!

Memang sedap makan kuaci tapi kalau terlalu kerap sangat makan tak rasa ke ianya akan beri mudarat pada kesihatan diri?

Biji kuaci dari biji bunga matahari ini boleh jejaskan kesihatan kalau banyak memakannya, ingin tahu apakah kesan mudarat tersebut jom lihat di bawah.



Berat Badan Naik

Tahu tak sebenarnya banyak makan kuaci boleh membuatkan berat badan naik tanpa kamu sedar! Ya, biji kuaci yang kecil ini mampu membuatkan berat badan kamu naik meningkat.


Untuk makluman semua biji kuaci sebenarnya mempunyai jumlah kalori yang tinggi, 28 gram biji kuaci mengandungi 175 kalori.

Nah, cuba bayangkan kalau kamu makan lebih hingga 500 gram biji kuaci dah berapa pula jumlah kalori terkumpul dalam badan?



Lemak Tepu Berlebihan Terkumpul Dalam Tubuh


Biji bunga matahari ini boleh menyumbang kepada lemak tepu yang boleh menjejaskan kesihatan diri jika ianya terkumpul secara berlebihan dalam tubuh.

Dan apabila kamu memakan makanan lain yang mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi, kedua-dua kombinasi lemak tepu dari makanan yang dimakan boleh memberi mudarat pada kesihatan kamu.

Tekanan Darah Tinggi Meningkat



Bukan itu saja, biji kuaci ini juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kamu juga meningkat secara mendadak tanpa kamu sedari kerana terlalu kerap dan makan kuaci secara berlebihan.


Biji bunga matahari yang dipanggang oleh kilang akan memasukkan garam sebagai bahan perisa kepada kuaci, dan bayangkan kalau dalam sehari tiga hingga limat paket biji kuaci kamu habiskan.

Rasa-rasa berapa banyak jumlah garam dalam tubuh kamu dah kumpul? Sedangkan pakar menasihati kalau boleh amalkan mengambil garam sebanyak lima gram sehari.

Berpotensi Menghadapi Masalah Buah Pinggang Rosak




Biji bunga matahari ini juga mengandungi phosphorus dan jika kamu memakannya dengan banyak ia boleh menyebabkan tubuh menyerap banyak phosphorus yang mana ia boleh menyebabkan masalah kerosakan buah pinggang berlaku.

Boleh Menyebabkan Usus Tersumbat


Jangan ingat biji kuaci yang kecil ini tak boleh beri mudarat, ada dikalangan kita sering memakan biji kuaci begitu saja tanpa menanggalkan kulit kuaci.

Dan ini boleh menyebabkan masalah usus tersumbat berlaku kerana usus tidak boleh menghadam kulit kuaci, hingga menyebabkan masalah usus tersumbat berlaku.



Alahan


Ada sesetengah orang pula tak tahu yang dirinya mempunyai alahan pada biji bunga matahari, lalu mereka makan biji kuaci tersebut tanpa had dan akhirnya masalah alahan timbul.

Alahan yang tiba-tiba muncul boleh disebabkan oleh protein yang terkandung dalam biji matahari tersebut, reaksi alahan boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan asma, mulut bengkak, rasa gatal pada mulut, demam, muntah dan merah-merah pada kulit.

Jadi dinasihatkan untuk kesihatan diri, lebih baik amalkan jumlah pengambilan secara bersederhana dan secara berkala untuk menjaga kesihatan jangka masa panjang. Wn



Wanita Ini Alami Alahan Teruk Saat Hamil Sehingga Berubah Wajah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker