Ekslusif: Spesies burung separuh jantan, separuh betina ditemui

IA merupakan penemuan satu dalam sejuta.

Para penyelidik telah menemui seekor burung yang separuh badannya adalah jantan, manakala separuh lagi adalah betina.

Kali terakhir Pusat Pemuliharaan Powdermill Nature di Muzium Sejarah Alam Carnegie menemui spesies berkenaan adalah 15 tahun yang lalu dan ia merupakan yang kelima pernah ditemui mereka dari spesies yang sama.

“Kami semua sangat teruja. Tentunya ada minat ke arah kajian saintifik tetapi apa yang lebih penting, ia satu anugerah untuk menemui spesis yang sukar ditemui,” kata Annie Lindsay, pengurus program perlindangan, kepada CNN.

Burung tersebut dikenali sebagai Grosbeak. Grosbeak jantan dan betina dibezakan melalui warnanya.

Burung jantan mempunyai wing pits berwarna merah jambu, sementara betina berwarna coklat kekuningan.

Variasi genetik campuran ini dikenali sebagai gynandromorphism (“gyne” adalah bahasa Yunani yang membawa maksud wanita; “andro” bermaksud lelaki, dan “morph” bermaksud ragam).

Saintis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti bagaimana gynandromorphism memainkan peranan terhadap spesis tersebut.

“Mungkin tidak ada sebarang kelebihan. Tetapi ia mungkin akan mempengaruhi kemampuannya dalam berpasangan.

“Kami belum dapat mengesahkan jika bahagian betina burung itu mempunyai ovari yang berfungsi. Jika benar, ia mungkin dapat dibiakkan.”

Burung itu kini dianggarkan berusia sekurang-kurangnya setahun, dan ini bermakna ia mungkin boleh hidup sehingga dewasa tanpa sebarang masalah – Awani

Sumber: CNN

Negara tak boleh dipimpin orang tak kenal jantan, betina, kata Tok Mat

Related Articles

One Comment

  1. apa nak pelik, kira burung jantan lah kalau mengawan burung betina…begitu juga sebaliknya…apa yang pasti & semoga takde burung jenis macam anwar…pada yang faham, fahamlah…yang tak faham, duk diam sudah

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker