Anggota TUDM maut langgar lopak air, DBKL ucap takziah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga anggota Tentera Udara Malaysia (TUDM), Mohd Husaini Mohd Nasir yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuching semalam.

Mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Kem Tentera Subang itu maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas selepas melanggar lopak air di Jalan Kuching hala pusat bandar di sini, semalam.

Unit Media DBKL memaklumkan, tindakan awal telah dilakukan dengan memasang kon dan pita keselamatan di lokasi kejadian sebagai tanda amaran kepada pengguna yang menggunakan jalan itu.

“DBKL akan mengambil tindakan lanjut termasuk menurap bahu jalan di laluan itu dalam kadar segera,” katanya ringkas sewaktu dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota TUDM maut terbabas langgar lopak air

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semasa melalui laluan itu, mangsa yang menggunakan laluan paling kiri dalam keadaan hujan dipercayai terlanggar lopak air.

“Mangsa yang termasuk ke lubang tersebut telah hilang kawalan lalu terjatuh dan masuk ke laluan kanan jalan sebelum sebuah lori dipercayai telah melanggar mangsa.

“Kejadian itu hanya disedari pemandu lori terbabit selepas berasa seperti melanggar sesuatu dan melihat mangsa telah tertiarap di atas jalan,” katanya.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa parah di kepala dan maut di lokasi kejadian. Sinar

Pesawat TUDM terbang rendah mulai esok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker