PDRM tangkap polis Mumbai

Shah Alam: Beraksi menerusi aplikasi Tik Tok dengan berlagak sebagai polis Mumbai, India namun menggunakan seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Aksi ‘macho’ lelaki tempatan berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengundang padah apabila dia diberkas polis kerana menyalah guna seragam dan aksesori PDRM untuk tujuan lain.

Sumber polis berkata, suspek dikesan cuba meniru gaya pelakon terkenal Tamil, Rajinikanth menerusi filem Darbar melalui aplikasi Tik Tok berkenaan bagi meraih publisiti.

Video itu yang tersebar bagaimanapun menimbulkan tanda tanya netizen sebelum polis melakukan pemeriksaan mengejut ke rumah lelaki itu di Jalan Medan Niaga, Kuala Selangor kelmarin.



“Susulan laporan diterima pihak polis Subang Jaya, sepasukan polis menahan suspek di sebuah restoran di Kuala Selangor sebelum dibawa ke rumah lelaki terbabit.

“Hasil pemeriksaan dilakukan menemui topi polis, tali pinggang memiliki lambang polis dan pakaian seragam polis di dalam almari,” katanya.

Selain itu turut ditemui lambang integriti dan butang besi PDRM dan pelbagai aksesori PDRM.

“Suspek dikenal pasti pernah menjadi sukarelawan polis pada 2014 sebelum khidmatnya dihentikan. Namun dia tidak memulangkan semula seragam PDRM itu.



“Susulan itu dia ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya. HM

Buat malu keluarga



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker