Lisa Surihani Teruja Dapat Kerjakan Umrah Pada Bulan Ramadhan Ini

Lisa Surihani Teruja Dapat Kerjakan Umrah Pada Bulan Ramadhan Ini

Pelakon Lisa Surihani berpeluang menunaikan ibadah umrah semasa bulan Ramadhan ini. Walaupun ia bukan perjalanan pertamanya ke Tanah Suci, tetapi ia merupakan pengalaman yang istimewa baginya.

Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, banyak pekara baru yang dipelajarinya sewaktu mengerjakan ibadah seperti berjumpa dengan ramai jemaah umrah dari serata dunia.

Ini adalah umrah ketiga saya lakukan. Walaupun bukan yang pertama, bagi saya ia cukup istimewa kerana julung kali saya kerjakan ibadah ini semasa Ramadan.

Perubahan waktu juga cukup terasa kerana masa untuk tidur dan makan itu bertukar.

Paling dirasai, apabila melihat begitu ramai umat manusia, gementar juga. Saya dan jemaah lain dimaklumkan terdapat jutaan jemaah umrah sepanjang Ramadan.

Lisa Surihani berkata beberapa ustazah dan kenalannya juga menasihat kepadanya untuk sentiasa reda dengan apa jua situasi yang berlaku apabila dapat berpeluang untuk ke tanah suci pada Ramadhan ini.

Apabila astizah dan kenalan dapat tahu saya bakal berangkat mengerjakan umrah semasa Ramadan, mereka sempat menitipkan pesan agar saya sentiasa reda dengan cabaran yang dilalui.

Misalnya, jika terkejut dengan keadaan ramai manusia, hendaklah reda. Alhamdulillah, segala urusan saya di sana dipermudahkan, tiada halangan.

Persiapan Hari Raya Aidilfitri
Isteri kepada pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim juga berkata segala persiapan Aidilfitri sudah disiapkan sebelum dia berangkat ke Tanah suci apabila ditanya mengenai persediaan Aidilfitri.

Dia tidak mahu mencampurkan urusan ibadahnya dengan persiapan Aidilfitri.

Macam rasa cepat saja dah nak habis Ramadan kali ini. Sebenarnya, sebelum Ramadan lagi saya dah berjaya siapkan segala persediaan.

Selepas umrah juga akan ada komitmen lain seperti nak fokus pada 10 Ramadan terakhir. Saya terfikir, kalau ditangguh-tangguh, bila pula nak siapkan apa yang patut untuk keluarga nanti.

Lisa Surihani berangkat menunaikan umrah pada 22 Mac dan tiba semula di negara ini pada 3 April lalu.

Lisa Surihani Teruja Dapat Kerjakan Umrah Pada Bulan Ramadhan Ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker