[VIDEO] Bunuh Arwah Siti Nur Surya: ‘Saya Maafkan’ – Bapa

Kuala Terengganu: Bapa mangsa pembunuhan kejam, Allahyarham Siti Nur Surya, Ismail Muda, 58, terbuka untuk memaafkan keluarga remaja perempuan yang didakwa membunuh anaknya.

Menurutnya, tidak ada sesiapa yang inginkan kejadian seperti itu berlaku dan menyifatkan ia adalah ketentuan Allah walaupun perit untuk menerimanya.

“Kalau dia (keluarga suspek) datang kita terima, kita tak halau orang datang mintak maaf.

“Walau marah dan kecewa sekali pun dengan perbuatan anaknya, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana kejadian sudah berlaku,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan rombongan Persatuan Penggerak Amal Terengganu (PATA) semalam.

Turut hadir Pengerusi PATA Sharifah Napsiah Tuan Ahmad dan timbalan pengerusinya, Abdul Hamid Mohd Salleh.

Ismail berkata, hingga kini tidak ada pihak yang datang menemui keluarganya untuk tujuan itu.

Menurutnya, pihaknya sentiasa menunggu kedatangan keluarga berkenaan untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, kunjungan PATA ke rumah keluarga berkenaan sebagai tanda simpati dengan kejadian yang menimpa keluarga berkenaan.

“Selain sokongan moral, kita juga memberi sumbangan wang tunai yang dikumpulkan daripada kalangan ahli dan diharapkan kehadiran kami dapat meringankan beban emosi yang ditanggung keluarga di atas apa yang berlaku,” katanya-HM

Ibu yakin anak tidak bunuh Siti Nur Surya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker