“Buat Kerja Ala Kadar, Now Nak Play Victim?”- Awal Ashaari Mahu Syarikat Hiasan Jumpa Face To Face

Sebelum ini pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan hasil kerja sebuah syarikat perabot dan hiasan dalaman rumah yang dikatakan membuat kerja ‘tangkap muat’ di rumahnya.

Menurut pengacara terkenal itu, Awal memaklumkan sudah membayar sejumlah wang kepada syarikat berkenaan namun mereka tidak melaksanakan kerja seperti yang dijanjikan dan tidak mahu memberi kerjasama.

Tampil menjawab desas-desus, syarikat berkenaan tampil mempertahankan hak mereka dengan melantik firma pengurusan krisis terkemuka kerana mendakwa Awal memfitnah syarikat mereka sehingga menerima publisiti negatif.

Syarikat berkenaan juga mengatakan bahawa kenyataan Awal adalah ancaman perniagaan yang serius kerana berpotensi merosakkan reputasi secara kekal dan boleh mempengaruhi nilai perniagaan dan pasaran syarikat mereka.

Malah mereka juga mengatakan Awal berpotensi besar berhadapan ganti rugi yang tinggi sekiranya barisan peguam syarikat berkenaan dapat membuktikan bahawa catatan dan posting pengacara tersebut disiarkan dengan berniat jahat untuk merosakkan imej, jenama dan reputasi mereka.

Tidak berdiam diri, Awal tampil memberi kenyataan di laman sosial Instagramnya mempertahankan diri dan kenyataan beliau.

 

“Alih-alih today I pulak yang fitnah company dia? Come on lah”

“I’ve got all of your quotation, payment details, emails, whatsapp conversation and I also have all the evidence yang korang buat kerja tangkap muat”

“You took my money, buat kerja ala kadar and now konon-konon nak play victim? Silap orang la bro”

Demikian kata-kata Awal yang kesal dengan tindakan syarikat hiasan dalaman berkenaan.

Kami harap Awal dan syarikat berkenaan dapat selesaikan dengan cara baik.

Bak kata pepatah orang putih, “there are always two side of every story” .

Sebaiknya kita jangan menuding jari, biarkan mereka selesaikan kemelut yang berlaku antara mereka dan jangan keruhkan lagi keadaan-HOT.Fm

Peminat Terkejut Scha Alyahya Padam IG, Minta Penjelasan Awal Ashaari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker