Beza Kerajaan PN dengan Kerajaan DAP/PH, Jakim syukur Belanjawan 2021 martabat syiar Islam

PUTRAJAYA: Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam disambut baik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menerusi satu kenyataan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih terhadap kerajaan atas peruntukan ditawarkan.

“Dalam keadaaan negara sedang menghadapi pandemik Covid-19, kerajaan masih mampu mengemukakan belanjawan mantap dan mampu memacu kemajuan menjelang 2021.

“Jakim amat menghargai sentuhan Belanjawan 2021 yang jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terus mengutamakan kebajikan rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya.

Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia

Abdul Aziz menambah, Jakim juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana terus memberi pengiktirafan terhadap usaha memartabatkan syiar Islam dengan peruntukan RM1.4 bilion.

Jumlah itu, ujarnya, bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri yang meningkat sebanyak RM100 juta berbanding peruntukan untuk 2020.

Ia dinikmati bersama pihak pengurusan hal ehwal Islam di negeri-negeri dengan beri manfaat 4,000 guru takmir, 35,000 guru KAFA, 14,373 imam serta 15,766 bilal, noja, siak atau marbut.

“Sebagai contoh, guru takmir menerima kenaikan elaun daripada RM800 kepada RM900 sebulan manakala yang lain bakal dapat bayaran khas one-off sebanyak RM500,” jelasnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker