Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kuang, Gombak.

Semalam, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan memberitahu, Paimuzi bebas daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

Dibawah Kerajaan PN, Jakim Tegas Pantau Perbuatan Hina Islam & Nabi

Menurut kenyataan itu, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada Selasa iaitu 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

“Memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

https://mykmu.net/2018/02/16/jakim-dan-sajat/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker