Akaun Tinggal RM40, Aaron Aziz Akui Artis Pun Manusia Biasa Tapi Netizen Tak Percaya….
Mungkin ramai yang beranggapan kehidupan sebagai seorang artis penuh dengan kemewahan namun tanggapan itu salah sama sekali. Mungkin ada yang hidup mewah namun tidak semuanya.
Baru-baru ini, pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsikan satu entri menerusi Instagram menunjukkan baki di dalam satu akaun bank. Apa yang menjadi perhatian adalah akaun tersebut hanya berbaki RM40 sahaja.
Menerusi perkongsian itu, turut disertakan kapsyen dimana Aaron berkata artis juga sama seperti manusia lain, tidak semuanya hidup mewah.
Dalam masa sama, Aaron sempat berseloroh bertanyakan kepada pengikutnya makanan apa yang boleh dibeli dengan baki RM40 itu untuk empat orang.
Bagaimanapun, diruangan komen rata-rata netizen tidak percaya jika hanya itu satu-satunya akaun bank milik Aaron. Malah, ada yang mengatakan cuba lihat akaun simpanan isterinya, pasti ada berjuta-juta.
Kredit: RotiKaya
Terjawab Punca Sebenar Kenapa Tahfiz Aaron Aziz Dirobohkan. Wanita Ini Tampil Cerita Satu Persatu
Aaron Aziz tuntut blog turun artikel atau berdepan laporan polis
You must be logged in to post a comment.