Stesen tv AS henti liputan sidang media Trump

WASHINGTON: Beberapa rangkaian televisyen Amerika Syarikat (AS) lewat malam tadi menghentikan liputan langsung penampilan pertama Donald Trump sejak malam pilihan raya selepas menyimpulkan presiden itu menyebarkan maklumat tidak betul.

Trump dikatakan membuat dakwaan tidak berasas dalam siaran pidato yang berlangsung selama 17 minit, menegaskan calon Demokrat menggunakan ‘undi tidak sah’ dan mengulangi ada yang ‘mencuri’ undi pilihan raya daripadanya.

Trump, yang juga penyandang jawatan Presiden AS, berucap ketika pengiraan undian yang tiba lewat dari di negeri-negeri yang menunjukkan pencabarnya, Joe Biden, mendahuluinya.

“Baiklah, di sini kita sekali lagi berada dalam kedudukan yang bukan hanya mengganggu presiden AS tetapi memperbetulkan presiden AS,” kata penyampai MSNBC, Brian Williams, sejurus sebelum menamatkan liputan langsung.



NBC dan ABC News turut menamatkan liputan langsung mengenai Trump.

“Malam yang menyedihkan bagi AS untuk mendengar presiden mengata dan menuduh orang mencuri undi pilihan raya,” kata Jake Tapper dari CNN.

Beliau menggambarkan Trump sebagai ‘berbohong’ apabila mendakwa undinya dicuri tetapi tidak mengemukakan sebarang bukti tetapi sebaliknya hanya memburuk-burukkan lawan. – AFP

Trump akan buat kenyataan, dakwa menang besar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker