Seorang lagi hakim dikatakan letak jawatan

Seorang hakim kanan Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang, dikatakan meletak jawatan, selepas seorang hakim di Kuala Lumpur berbuat demikian beberapa hari lalu.

Sumber boleh dipercayai berkata Rosilah Yop, 63, dari bahagian sivil, meletak jawatan baru-baru ini atas alasan bersara awal.

“Hari terakhir beliau adalah 30 Nov,” kata sumber itu kepada FMT.

Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan berkata hakim boleh berkhidmat sehingga usia 66 tahun, dan Agong atas nasihat ketua hakim negara boleh memberi lanjutan 6 bulan.

Rosilah adalah bekas hakim Mahkamah Sesyen, penolong pengarah Biro Bantuan Guaman, dan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 11 Mei 2010.

Beliau kemudian diangkat sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 12 Sept 2014.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pendaftar Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sejak semalam.

Perkara 125(2) Perlembagaan menyatakan hakim boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan menulis kepada Agong.

Sumber berkata lazimnya pejabat ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan akan secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Istana Negara.

Pada Rabu, FMT melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Wong Chee Lin, meletak jawatan.

Sumber berkata Wong, 59, meletak jawatan beberapa hari lalu. Sebab-sebabnya belum dapat dipastikan.

Wong, seorang peguam komersial di sebuah firma guaman terkemuka di Kuala Lumpur, dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 30 Mac 2018, dan kemudian diangkat sebagai hakim pada 9 April tahun lepas.
FMT

Adakah sistem kehakiman Malaysia akan rosak di bawah Mahathir ?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker