Razlan desak kerajaan padam segera ‘api’ provokasi UMANY

Kerajaan diminta bertegas dengan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) yang didakwa melakukan provokasi melampau terhadap institusi raja berperlembagaan di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razlan Rafii juga mahu kerajaan memantau aktiviti pertubuhan pelajar itu agar tidak terus menjadi ‘api’ yang memusnahkan perpaduan masyarakat.

“Kita minta kerajaan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) lebih tegas sebab kita tidak mahu gerakan ini menjadi besar. Kalau boleh kita gunakan akta yang berkaitan seperti SOSMA sebab jelas mereka ini cuba untuk menghasut rakyat.

“Inilah yang kita desak agar pihak polis dan juga Peguam Negara berfikiran lebih terbuka dan cepat mengambil tindakan terhadap UMANY.

“Ada juga ahli-ahli Parlimen sebelum ini mengatakan akta sebelum ini sudah cukup tetapi masalah kita penguatkuasaan. Kita mohon sangat untuk melihat perkara ini sebagai isu yang besar.

“Api ini perlu dipadamkan sekarang, tidak boleh kita biarkan begitu sahaja,” katanya di Balai Polis Jalan Pantai Bharu hari ini.

Razlan berkata demikian selepas menemami Ahli UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim yang membuat satu laporan polis terhadap UMANY.

Dalam pada itu, Razlan meminta agar pengurusan Universiti Malaya (UM) agar mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli persatuan itu.

Malah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga turut digesa agar tidak berlembut dengan langkah pelajar yang jelas melanggar undang-undang dengan alasan kebebasan bersuara.

“Saya juga minta pengurusan UM agar tegas keraka kita menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan sistem Raja Berperlembagaan. Apa sahaja kebebasan bersuara itu sekiranya ia melanggar lunas undang-undang, ia bukan kebebasan bersuara.

“Ini saya minta UM untuk mengenakan tindakan kepada pelajar ini. KPT juga perlu beri sokongan kepada UM untuk mengambil tindakan ini.

“Kita jangan lihat ini sebagai langkah mengekang hak kebebasan bersuara yang tidak melanggar undang-undang,” katanya lagi.

Persatuan itu sebelum ini membuat hantaran bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

Presidennya, Yap Wen Qing semalam berkata, kenyataan mereka dalam versi Inggeris dan Cina dalam laman Facebook persatuan itu pada 13 Ogos lalu didakwanya telah diputarbelit oleh cybertroopers yang berniat jahat sehingga menjadi pertikaian rakyat. MG

UMANY disiasat atas kenyataan biadap mempertikaikan kuasa Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker