Lari rumah tertekan dirogol bapa · MYKMU.NET

Lari rumah tertekan dirogol bapa

Share

Ampang Jaya: Akibat tertekan dirogol bapa kandungnya secara berterusan sejak Februari lalu, remaja perempuan melarikan diri dari rumahnya di sini, 1 November lalu.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada polis yang menemuinya bersendirian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ketika mahu pulang ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah, hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, berdasarkan keterangan mangsa, dia memaklumkan dirogol bapanya berusia 42 tahun di rumah mereka.

“Siasatan awal mendapati mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali ketika mangsa datang bulan tanpa pengetahuan sesiapa.

“Suspek dikatakan merogol mangsa pada awal pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, perbuatan itu menyebabkan mangsa berasa takut dan tertekan serta cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai, Jun lalu, namun tiada laporan polis diterima.

“Mangsa adalah anak tunggal yang masih bersekolah di sekolah menengah di daerah ini. Ibu bapanya sudah bercerai sejak 2004 iaitu sejurus selepas mangsa dilahirkan.

“Sebelum ini, mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang, Kedah. Namun, pada September 2019, bapa kandungnya (suspek) mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa tinggal bersama isteri serta empat anak tirinya di rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan suspek di rumahnya di di sini, 2 November lalu.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod satu kes rogol sumbang mahram membabitkan adik iparnya pada 2004, manakala ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 2 hingga 6 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol secara sumbang mahram,” katanya-HM

Pekerja kedai runcit dirogol majikan selepas diberi minuman keras

Leave a Reply