Liputan langsung Belanjawan 2021, initipati penting (Live Update)

Liputan langsung Belanjawan 2021 dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk Mac lalu.

Ikuti kemas kini Belanjawan 2020 dari semasa ke semasa menerusi Mykmu.net.

Menurut Bernama dan Reuters, RM322.5 bilion diperuntukkan tahun ini, kira-kira RM25.5 bilion lebih banyak daripada Belanjawan 2020 yang berjumlah RM297 bilion.



Kira-kira RM236.5 bilion (73.3%) diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, RM69 bilion (21.4%) untuk pembangunan dan RM17 bilion (5.3%) untuk dana Covid-19.

YBMK: Kerajaan menjunjung titah DYMM Yang di-Pertuan Agong bahawa #Belanjawan2021 adalah sangat penting, bahawa semua pihak harus mengetepikan segala perbezaan serta bersatu padu dalam usaha membanteras COVID-19.

Ekonomi Malaysia dijangka menyusut sebanyak 4.5 peratus tahun ini bertahun tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Zafrul menjangka ekonomi akan bertambah baik pada tahun depan dengan pertumbuhan 6.5 hingga 7.5 peratus, sementara ekonomi global dijangka bertumbuh pada kadar 5.2 peratus.



*Bayaran one off kepada petugas KKM sebanyak RM500

Kerajaan bersetuju meluaskan skop pelepasan cukai kepada RM1,000 bagi rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak juga dinaikkan kepada RM8,000 dari RM6,000. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin COVID-19 termasuk melalui program COVAX. Dijangkakan bekalan vaksin melibatkan kos melebihi RM3 bilion untuk memastikan #KesejahteraanRakyat Malaysia. #Belanjawan2021



“Pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan kesihatan dinaikkan kepada RM1,000 dari RM500. Kerajaan meningkatkan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas & penjagaan ibu bapa kepada RM8,000 dari RM5,000 dalam #Belanjawan2021. #KesejahteraanRakyat

“Program Baucar 50 Perlindungan Tenang untuk golongan B40, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri diperkenalkan dalam #Belanjawan2021.
Tempoh pengecualian duti setem produk Perlindungan Tenang dilanjutkan untuk tempoh 5 tahun lagi. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021”

Kerajaan memperluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi rawatan Peritoneal Dialysis di rumah untuk pesakit buah pinggang. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021



Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan. Kadar baru: RM150 seorang anak berumur 7 ke 18 tahun; RM200 seorang anak berumur 6 tahun ke bawah; maksimum RM1,000 sekeluarga. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

“Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan kepada RM300 dari RM250.

Kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan kepada RM500 dari RM350.

Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 dari RM400. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021



YBMK: Terdapat 400,000 isi rumah tergolong kategori miskin. Strategi kedua Matlamat #KesejahteraanRakyat dalam #Belanjawan2021 adalah untuk memelihara kebajikan golongan rentan.
BPR: Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200;

Isi rumah yang mempunyai 2 anak atau lebih akan menerima RM1,800. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Dalam #Belanjawan2021, BSH digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). BPR merupakan bantuan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik. #KesejahteraanRakyat

“BPR: Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501-RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan RM800;



Isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima RM1,200. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

BPR: Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350. Had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun (sebelum ini 40 tahun). #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kadar cukai pendapatan bagi individu bermastautin diturunkan sebanyak 1 mata peratusan bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

“RM1.5 bilion Program Jaringan

PRIHATIN: Kredit telekomunikasi untuk golongan B40 sebanyak RM180 seorang untuk langganan internet atau kos telefon bimbit. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Dana padanan RM1.5 bilion daripada syarikat telekomunikasi dalam bentuk data percuma.”

“Peminjam M40 juga akan dipermudahkan dari segi proses permohonan bantuan bayaran balik.
Fleksibiliti ini bermula Disember 2020. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

“Berita baik: bantuan pembayaran pinjaman ditambahbaik kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000:
– Tangguh ansuran bulanan selama 3 bulan, atau
– Kurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500/bulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Ahli yang layak boleh membuat permohonan mulai Januari 2021.

Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% dari 11% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM200j untuk Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming dengan perluasan ke 34 kawasan baharu. Melalui inisiatif ini barangan keperluan asas dapat dinikmati lebih 1.1 juta rakyat pada harga yang dikawal. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Bagi tahun 2021, Kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM400 juta bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan kepada RM300/bulan dari RM250 bermula 2021. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM2 bilion bagi inisiatif PenjanaKerjaya dan dijangka dapat menyediakan 200,000 peluang pekerjaan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM3.7 bilion untuk pelaksanaan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) dengan sasaran 500,000 peluang pekerjaan baharu serta program peningkatan kemahiran dan latihan semula. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

PenjanaKerjaya: Kadar maksimum program latihan ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi program latihan kemahiran tinggi atau sijil profesional. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM100 juta untuk program HRDF: latihan secara usahasama dengan majikan sektor swasta. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM150 juta bagi program KPT-PACE di mana graduan baharu ditawarkan baucar RM3,000/orang untuk mengambil kursus sijil profesional #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM700 juta untuk inisiatif MySTEP yang akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan GLC. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Pelepasan cukai yuran pengajian diperluas meliputi perbelanjaan kursus peningkatan kemahiran oleh badan bertauliah terhad kepada RM1,000/tahun. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

“RM24 juta untuk caruman penuh Skim Bencana Pekerjaan PERKESO untuk Anggota Pasukan Sukarelawan, guru Takmir, Imam, bilal, siak, noja, dan merbut, pekerja sektor awam berstatus Contract For Service dan 40,000 orang delivery riders. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman PRS dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM1.5 bilion untuk pelanjutan Program Subsidi Upah selama 3 bulan lagi dengan lebih bersasar khusus bagi sektor pelancongan dan peruncitan dengan kadar RM600/bulan bagi pekerja bergaji RM4,000 ke bawah. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Memperkasa usahawan Bumiputera: RM750 juta disediakan kepada PHB di bawah RMK-12 bagi meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dalam sektor hartanah terutama pembangunan komersial atas tanah rizab Melayu. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Memperkasa usahawan Bumiputera: RM1.3 bilion untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus untuk Bumiputera. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Memartabatkan syiar Islam: Peruntukan RM1.4 bilion bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memperkukuh pembangunan Islam. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Pemerkasaan pengurusan wakaf melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, GLC dan GLIC dan pewujudan Pelan Induk Wakaf Nasional. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

“PNB akan memperkenalkan perkhidmatan wakaf kepada semua pemegang unit amanah ASNB.

Pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian unit ke dalam tabung wakaf ASNB dan layak mendapat potongan cukai pendapatan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021”

Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro dan BizME untuk lebih 2,000 usahawan wanita. Kerajaan juga akan menyediakan program khusus kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam kontrak Kerajaan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM95 juta untuk pembiayaan mikro kredit khas usahawan wanita. RM50 juta juga disediakan di bawah YaPEIM bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam Arrahnu BisNita. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

TEKUN akan menyediakan RM20 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India dan RM5 juta untuk pembangunan usahawan komuniti lain. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM100 juta untuk Unit Transformasi Masyarakat India, MITRA bagi memperkasa kedudukan sosioekonomi komuniti India. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

TEKUN akan menyediakan RM20 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India dan RM5 juta untuk pembangunan usahawan komuniti lain. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM20 juta bagi Program Pembangunan Insan di bawah Jabatan Penjara Malaysia antaranya untuk memberikan kemahiran vokasional kepada banduan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Potongan cukai tambahan yang diberikan kepada majikan yang menggaji bekas banduan dan bekas penagih dadah serta mengintegrasikan golongan ini ke dalam masyarakat dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Untuk CENDANA: RM15 juta untuk melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Had pelepasan cukai bagi pasangan OKU akan dinaikkan daripada RM3,500 kepada RM5,000. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

“Nilai saguhati untuk sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah akan dinaikkan daripada RM150 kepada maksimum RM400.

Nilai saguhati kepada klien turut dinaikkan daripada RM30 kepada RM80. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021”

RM158 juta untuk kesejahteraan komuniti Orang Asli: pelaksanaan program bantuan sosial, Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli dan pembinaan 14 buah tabika baharu. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Potongan cukai tambahan akan diberikan kepada majikan yang menggaji warga emas dan dilanjutkan sehingga tahun 2025. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Bantuan kewangan tahunan bagi pengendalian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang dikendalikan oleh NGO dinaikkan daripada RM33,000 kepada RM50,000. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Infrastuktur Luar Bandar: RM121 juta untuk memasang 27,000 unit lampu dan penyelenggaraan 500,000 unit Lampu Jalan Kampung. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

“Infrastuktur Luar Bandar: RM632 juta bagi bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif.

RM250 juta untuk bekalan elektrik luar bandar.

RM355 juta untuk Program Bantuan Rumah golongan miskin. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021″

Kerajaan akan memperluas perkhidmatan bank bergerak di negeri Sabah dan Sarawak bagi membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup juga diluaskan untuk langganan surat khabar eletronik. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan kepada RM3,000 dengan tambahan RM500 khusus bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

GLIC dan GLC akan menyumbang RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi projek rintis pemberian komputer riba kepada 150,000 murid dibawah seliaan Yayasan Hasanah. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

SKMM akan memperuntukkan RM7.4 bilion untuk tahun 2021 dan 2022 bagi memperluas jalur lebar. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kos tambahan RM725 juta diperuntukkan untuk menaik taraf 50 sekolah-sekolah daif.

RM120 juta untuk 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baharu bagi sekolah di luar bandar Sabah & Sarawak. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM800j untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kos tambahan RM725 juta diperuntukkan untuk menaik taraf 50 sekolah-sekolah daif.

RM120 juta untuk 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baharu bagi sekolah di luar bandar Sabah & Sarawak. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021”

RM29 juta untuk program TVET di bawah KPT antaranya inisiatif pendidikan Islam dan pembelajaran sepanjang hayat pelajar di institusi tahfiz dan sekolah pondok. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Elaun peserta Sistem Latihan Dual Nasional Plus (SLDN Plus) dinaikkan kepada RM1,000. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Menyokong pemilikan rumah: Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500k mulai 1 Jan 2021 sehingga 31 Dis 2025. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Skim Rent-to-Own: Program sehingga tahun 2022 ini melibatkan 5,000 buah rumah PR1MA dengan nilai keseluruhan lebih RM1b, dikhaskan untuk pembeli rumah pertama. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Menyokong pemilikan rumah: Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500k mulai 1 Jan 2021 sehingga 31 Dis 2025. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Menyokong pemilikan rumah: Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500k mulai 1 Jan 2021 sehingga 31 Dis 2025. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM150 juta untuk memperluas Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti secara berfasa ke Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri masing-masing diperuntukkan RM16 bilion dan RM17 bilion. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Peruntukan penyelenggaraan aset-aset utama ATM ditingkatkan kepada RM2.3 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM2 bilion sebelum ini. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Selain terus menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), RM500 juta untuk pembinaan hampir 1,000 unit baharu RKAT. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

RM153 juta untuk mengukuh peranan RELA, termasuk menaik taraf kemudahan pusat latihan RELA. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Bagi memberi ruang kepada kajian tersebut, galakan cukai yang akan tamat dilanjutkan sehingga 2022, merangkumi aktiviti MRO aeroangkasa, pembinaan dan pembaikan kapal, status Bionexus dan galakan cukai koridor pembangunan ekonomi. #KelangsunganPerniagaan #Belanjawan2021

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker