CR-V baharu pertama dilengkapi Honda Sensing

HONDA Malaysia menyasarkan jualan 700 unit sebulan untuk model Honda CR-V Baharu yang dilancarkan semalam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu adalah model pemasangan tempatan (CKD) pertama untuk Honda di Malaysia pada 2003 yang terjual melebihi 104,000 unit setakat Oktober lalu.

“Setiap generasi CR-V mempunyai pencapaian tersendiri sejak ia mula dikeluarkan di kilang kami di Melaka yang mengekalkan ciri termaju serta terkini dalam segmennya dan juga model pertama Honda dilengkapi dengan Honda Sensing.

“CR-V baharu juga dilengkapi Teknologi Termaju Generasi seterusnya dengan tambahan ciri Honda LaneWatch serta sistem pacuan empat roda (4WD) untuk pemanduan lebih dinamik,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CR-V ditawarkan dengan lima pilihan warna melalui tiga varian dijual pada harga RM139,912 (2.0L 2WD), RM157,615 (1.5L TC-P 2WD) dan RM162,910 (1.5 TC-P 4WD) (semua harga atas jalan tanpa insurans).

Menurutnya, CR-V kini dengan gril hitam serta lampu hadapan signature Honda, bampar hadapan dengan gaya sayap baharu ‘fascia’ krom.

Bahagian belakang dengan krom gelap, lampu belakang baharu, bampar dengan ekzos berkembar dan rim aloi 18 inci dwi-tona rekaan terkini.

Ruang dalaman diperkemaskan dengan gaya dan kelas tersendiri sambil mengekalkan keselesaan serta konsol hadapan dilengkapi dua sambungan USB.

Pintu kargo automatik bebas tangan juga boleh dibuka dengan pergerakan kaki pada bawah bampar dan ia juga dilengkapi Penghidup Enjin Kawalan Jauh tanpa perlu membuka pintu serta penyaman udara diaktifkan sebelum memasuki kenderaan adalah antara ciri tambahan diperkenalkan.

CR-V baharu dengan pilihan enjin 1.5L VTEC pengecas turbo menjana kuasa 193PS dan tork 243Nm serta varian teratas dilengkapi sistem 4WD untuk prestasi pemanduan lebih baik dan memaksimumkan penjimatan bahan api.

Ciri Honda Sensing untuk keselamatan dan perlindungan tambahan dengan lapan ciri utama terdiri daripada Kawalan Pelayaran Adiptif (ACC), Ikut Kelajuan Rendah (LSF), Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Amaran Keluar Lorong (LDW), Sistem Mitigasi keluar Jalan Raya (RDW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS) dan Pancaran Cahaya Tinggi Automatik (AHB).-HM

MPV Honda Civic kereta peronda baharu PDRM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker