Cara Nak Nasihat Isteri Degil + Doa

Lumrah perkahwinan ada pasang surutnya. Ada kalanya rasa tertekan kerana mungkin sebelum kahwin lain, lepas kahwin perangai lain. Mungkin ada suami yang diuji dengan karenah isteri degil.

Tapi degil bukan bermakna tak sayang. Mungkin cara dan pendekatan si suami tu perlu diubah sikit. Suami ego pun tak bermakna tak sayangkan isteri atau tak ambil peduli.

Rasulullah SAW selalu mengingatkan isterinya supaya sentiasa ingatkan pengawasan Allah swt atas segala tindak tanduk dan perbuatan yang dilalukan terhadap suami. Dan para suami pula mesti lah selalu memberikan didikan yang baik dan teladan yang elok.



Penuhi hajat isteri untuk melembutkan hati

Suami beri nasihat tetapi isteri enggan dengar kerana suami pun bersikap 2 kali 5. Kalau nafkah pun suami tak beri dan isteri terpaksa berhempas pulas menyara keluarga, adilkah macam tu?

Selalunya manusia boleh ditakluk dengan kesenangan ( beserta doa pada Illahi ) untuk memikat hati mereka. Tunjukkanlah bahawa anda suami yang bertanggungjawab dulu.

Tunjuk dulu baru suruh



Suami pun tak boleh mengarah itu ini dan buat isteri tu macam kuli. Jangan pula berleter kalau isteri itu degil tak mahu dengar cakap suami. Tunjukan contoh yang baik, ringan tulang dan sentiasa berlembut apabila bercakap dengan sang isteri.

Barulah hatinya lembut dan sejuk serta mahu dengar kata. Kadang-kadang suami sendiri tak perasaan yang dia pun tunjukkan contoh yang tidak baik pada isteri seperti tidak mahu mengemas rumah, masa pun tak disiplin, suka tangguh kerja dan lain-lain.

Dekatkan diri anda dan isteri pada Tuhan
Jika Nabi Musa pun disuruh bercakap lemah lembut dengan Firaun, inikan pula suami isteri. Teguran yang ikhlas akan sampai ke hati yang ikhlas. Tiada sebab seseorang itu memberontak jika disentuh kasih sayang.

Suami yang layak memberi teguran sepatutnya telah melepasi batas ketaqwaan yang tinggi berbanding isteri. Isteri pula tak perlu lah tunggu suami sempurna dulu baru nak berubah. Kalau macam tu sampai bia pun tak akan berubah kerana tiada sifat merendah diri kepada suami.



Doa lembutkan hati

Baca ayat berikut, kemudian hembuskan dikening orang yang kita sayangi (anak atau isteri). Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.

Selamat beramal.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker