Top Glove sahkan 17 pekerjanya diuji positif COVID-19 sejak Januari — MYKMU.NET

Top Glove sahkan 17 pekerjanya diuji positif COVID-19 sejak Januari



Sebaran :

KUALA LUMPUR, 5 Nov  — Top Glove Corporation Bhd mengesahkan bahawa 17 kes dalam kalangan pekerjanya, mewakili kurang daripada 0.1 peratus daripada jumlah tenaga kerja kumpulan yang seramai 21,000, diuji positif COVID-19 sejak Januari 2020.

Dalam satu kenyataan, pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata pekerja yang terjejas tidak menunjukkan gejala dan kebanyakan mereka tidak demam.

Mereka telah diasingkan setelah ujian sapuan (swab) diambil pada Isnin, dan semenjak itu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan selepas keputusannya menunjukkan positif.

Pembersihan rapi dan kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh di kilang yang terlibat, kuarters tempat tinggal dan kenderaan syarikat telah dijalankan mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan, katanya.

Pada masa sama, menjejaki kontak sedang dijalankan dan pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pekerja terbabit telahpun diuji dan diarah kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan.



“Tidak ada impak kepada operasi Top Glove. Kami ingin mengulangi bahawa keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan rakan luaran amat penting kepada kami, dan kami telahpun melaksanakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) bagi membantu membendung penularan virus ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layar laman web di  https://www.topglove.com/covid-19-preventive-measures/.

— BERNAMA



Seorang pekerja putus tangan dalam kemalangan di kilang Top Glove


Sebaran :


Leave a Reply