Top Glove sahkan 17 pekerjanya diuji positif COVID-19 sejak Januari
Dalam satu kenyataan, pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata pekerja yang terjejas tidak menunjukkan gejala dan kebanyakan mereka tidak demam.
Mereka telah diasingkan setelah ujian sapuan (swab) diambil pada Isnin, dan semenjak itu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan selepas keputusannya menunjukkan positif.
Pada masa sama, menjejaki kontak sedang dijalankan dan pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pekerja terbabit telahpun diuji dan diarah kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan.
“Tidak ada impak kepada operasi Top Glove. Kami ingin mengulangi bahawa keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan rakan luaran amat penting kepada kami, dan kami telahpun melaksanakan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) bagi membantu membendung penularan virus ini,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, boleh layar laman web di https://www.topglove.com/covid-19-preventive-measures/.
— BERNAMA
Seorang pekerja putus tangan dalam kemalangan di kilang Top Glove