Malaysia dijangka alami ‘twindemic’ hujung tahun ini

Malaysia dijangka mengalami twindemic atau pertembungan antara dua wabak iaitu influenza dan COVID-19, pada hujung tahun ini.
Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, keadaan ‘pandemik berkembar’ itu tentunya akan mencetus kebimbangan kerana ia mungkin menyaksikan peningkatan jangkitan influenza bersekali dengan COVID-19, secara mendadak.

“Kalau kita tengok di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.

“Yang kita risau kemungkinan akan berlaku risiko twindemic iaitu peningkatan outbreak influenza yang bersekali dengan COVID-19 yang ada sekarang,” katanya ketika ditemubual oleh Astro AWANI pada Khamis.

Ekoran itu, Zamberi menasihati orang ramai terutamanya mereka yang berada dalam kategori berisiko seperti warga emas, pesakit penyakit kronik dan ibu mengandung supaya mendapatkan vaksin Influenza memandangkan penyakit itu boleh dicegah menerusi suntikan vaksin.

“Yang membezakan COVID-19 dan influenza adalah dari segi pencegahan.

“Influenza boleh dicegah melalui vaksin dan ia telah terbukti selamat dan berkesan,” tambahnya.

Walaupun begitu katanya, kesedaran mengenai penggunaan vaksin untuk mencegah jangkitan influenza dilihat semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Awani

Pembelian panik vaksin influenza.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker