Cium Bibir Anak Beri Impak Psikologi, Ini Pandangan Pakar
Cium anak melambangkan rasa sayangnya ibu bapa terhadap anak masing-masing, tapi adakah ciuman di bibir anak bagus untuk tumbesaran dan psikologi mereka?
Ramai ibu bapa tidak terfikir persoalan seperti ini, kerana bagi ibu bapa ciuman di bibir tidak memberi sebarang signifikasi apa-apa.
Itu pandangan ibu bapa sendiri, tapi apa pula pandangan anak dan kesan psikologi sepanjang mereka membesar dewasa.
Ikuti kupasan dan pandangan pakar mengenai isu ini di bawah.
Anak Tidak Tahu Sempadan Diri
Apa yang ingin dijelaskan di sini adalah ibu bapa yang menunjukan rasa sayang mereka dengan mencium bibir anak, secara tidak langsung memberi pendedahan bahawa diri mereka tidak mempunyai sempadan.
Pakar psikologi Charlotte Reznick dari University Of California UCLA menjelaskan, apabila anak-anak tidak mengetahui sempadan diri mereka sendiri.
Ia boleh menjerumus kepada ‘sindrom mangsa’, di mana anak-anak tidak mampu berkata tidak jika ada orang mencium mereka secara paksa atau sebaliknya.
Menyebabkan Kekeliruan Pada Anak
Anak-anak yang membesar dengan dihujani ciuman di bibir mereka oleh ibu bapa masing-masing, akan mengalami kekeliruan tatkala mereka berusia 5 atau 6 tahun ke atas kerana waktu ini rangsang seksualiti boleh berlaku.
Doktor Charlotte Reznick juga berkata pada usia sebegini anak-anak mula menyedari seksualiti diri, emosi dan perasaan mereka dan ciuman dari ibu bapa sendiri akan menyebabkan anak-anak berasa keliru dengan diri mereka sendiri.
Anak Menganggap Ciuman Di Bibir Tanda Simpati Dan Mula Cium Orang Lain
Segala apa yang ibu bapa tunjukan di hadapan anak, mereka akan menirunya tanpa had seperti ciuman di bibir.
Bagi anak ciuman di bibir melambangkan tanda simpati, dan mereka akan mula mencium orang lain sebagai tanda simpati kepada orang tersebut.
Anak-anak tidak menyedari bahawa perlakuan tersebut begitu intim dan ia berlanjutan sehingga menginjak dewasa.
Sebab itu kebanyakan pakar psikologi menyaran jika ibu bapa ingin menunjukan rasa sayang mereka terhadap anak, lebih baik cium di pipi atau dahi dan banyak lagi cara lain untuk meluahkan rasa sayang kepada anak selain ciuman. Wn
Jessica Iskandar Cetus Kontroversi Cium Bibir Dengan Anak Lelakinya
You must be logged in to post a comment.