Al-Fatihah: Madu Anak Zahid Hamidi Meninggal Dunia, “Saya Amat Menghargai Kejujurannya Menerima Saya …”

Madu Anak Zahid Hamidi Meninggal Dunia,

Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah mengesahkan madunya, Datin Bahazanariah Baharudin telah meninggal dunia akibat menghidap penyakit kanser payu dara.Memetik laporan Astro Awani, Nurulhidayah akui berasa sedih kerana telah kehilangan seorang yang dianggap sebagai kakak.“Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya.

“Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Nana,” katanya.

Nurul dan Allahyarham berpoligami sejak tahun 2017.



Nurulhidayah dalam tangisan yang sukar dikawal bercerita bagaimana Allahyarham Bahazanariah bersungguh-sungguh yang memintanya berkahwin dengan suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payu dara.

Dalam pada itu, menurut Nurulhidayah, beliau dan Saiful Nizam yang bergilir-gilir menjaga Bahazanariah semasa Allahyarham menerima rawatan di hospital.

“Arwah Kak Nana seorang yang sangat positif. Sekalipun dalam kesakitan, beliau sentiasa tabah menerima dugaan daripada Allah, tidak pernah sekalipun Allahyarham mengeluh, bahkan sentiasa mengingatkan diri agar bersabar.



“Inilah keperibadian yang akan saya rindui,” kata Nurulhidayah lagi.

Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara.

Bahazanariah disahkan menghidap kanser tahap empat pada Ogos lalu. Beliau menutup usia semasa dalam tidur dan disedari oleh suaminya, Saiful Nizam.

Jenazah Allahyarham Bahazanariah kini berada di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.-GEMPAK



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker