Covid-19 : 1032 kes baru hari ini dengan 8 kematian

Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia terus berada pada empat digit hari ini, iaitu pada 1,032 kes berbanding 1,054 kes yang dicatakan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 35,425 kes dengan kes aktif sebanyak 10,339.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 646 kes.

“Sabah mencatatkan jumlah sebanyak 646 kes atau 62.6 peratus daripada keseluruhan kes positif harian.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 244 kes atau 23.6 peratus. Manakala, Labuan pula mencatatkan 28 atau 2.7 peratus kes positif pada hari ini.

“Kelima-lima negeri ini telah menyumbang sebanyak 918 kes atau 89.0peratus secara keseluruhan. Negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Terkini. 4 Nov. Kes baharu #COVID19 kekal 4 angka iaitu 1,032.

820 pesakit sembuh, 8 lagi kematian dilaporkan.

Sabah kekal tertinggi (646) atau 49.45% hasil saringan bersasar, Selangor (231), N. Sembilan (44), Kedah (25).

6 kluster baharu, 2 kluster tamat.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
4 Nov 2020
Kes sembuh=820
Jumlah kes sembuh=24,815 kes
Kes baharu positif=1,032
(kes import=3, kes tempatan=1,029)
Jumlah positif=35,425 kes
Kes kematian=8
Jumlah kes kematian=271 kes
Kes dirawat di ICU=82 kes
Bantuan Alat Pernafasan=27 kes

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker