Penduduk Simpang Renggam yang lapar boleh cari Maszlee Malik segera

Gambar Hiasan

Bimbang dengan keadaan negara yang dilanda Covid-19 sehingga menyebabkan banyak ekonomi isi rumah terjejas, ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik menawarkan bantuan pek makanan kepada penduduk kawasannya yang terkesan dan memerlukan.

Menerusi program #SimpangTakLapo, Maszlee berkata projek itu untuk memastikan tiada seorang pun penduduk di Simpang Renggam yang kelaparan.

“Hari ini, sekali lagi Covid-19 menekan kita dan pastinya yang akan terduduk dan jatuh tersungkur sehingga tak punya bekalan makanan adalah mereka yang tergolong dalam kalangan keluarga B40 yang miskin dan rentan.

“Apa yang terjadi telah terjadi, dan apa yang berlaku akan tetap berlaku.



“Walau bagaimanapun, saya tetap percaya bahawa apa juga yang berlaku, tidak seharusnya seorang pun rakyat di Simpang Renggam harus berlapar dalam keadaan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maszlee berkata, kesusahan itu mula dirasai oleh penduduk di Simpang Renggam sejak bermulanya perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Mac lalu sehingga menyebabkan ramai keluarga tidak mampu membeli barangan dapur untuk dimasak.

Menurutnya, sesiapa sahaja di kawasannya tidak mempunyai bekalan makanan di rumah boleh memohon pek makanan tersebut, termasuklah mereka dari golongan keluarga miskin, ibu tunggal dan keluarga dengan anak OKU.

Maszlee gembira dapat bawa McDonald’s ke Simpang Renggam



Sebanyak 1,000 pek makanan akan diedarkan kepada 1,000 keluarga yang terkesan akibat Covid-19.

Pada masa sama, sesiapa yang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan segera boleh memohon di pautan bit.ly/simpangtaklapo

“Insya-Allah 50 pek terawal kepada 50 pemohon yang mengisi borang boleh diambil seawal petang ini jam 3.00 petang di Pejabat Parlimen Simpang Renggam.



“Sekiranya ada penduduk yang benar-benar mempunyai kekangan untuk datang mengambil pek makanan di Pejabat Parlimen, boleh maklumkan kepada Pegawai di Pejabat Parlimen (01139697288),” katanya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker